Saya memang suka buat kek berbentuk 3d seperti kek coklat moist minion ni. Jika menggunakan fondant, mungkin hampir semua bentuk boleh dilakukan. Tapi bila menggunakan buttercream hanya bentuk-bentuk tertentu sahaja yang termampu. Biasanya hanya bentuk yang simeteri seperti bulat, empat segi, tiga segi, separuh bulatan dan mungkin oval. Ada beberapa kke hiasan yang pernah saya paparkan dalam blog resepi masakan barat komersial ini seperti kek harijadi dan hari bapa berbentuk love, kek dengan tema bola, kek iPad Unboxing, kek hello kitty dan beberapa lagi.


Masalah utama saya adalah untuk melicinkan permukaan kek. Sangat memerlukan kesabaran. Setakat ini, cara paling baik yang saya gunakan untuk meratakan permukaan yang tidak simeteri adalah dengan menggunakan kaedah piping dimana bentuk dot atau star dipaipkan diseluruh kek mengikut warna yang dikehendaki. Namun cara ini hanya menghasilkan effect seperti bulu. Jadi ia lebih sesuai untuk tema haiwan seperti Garfield, teddy bear dan lain-lain. Untuk kek tema minion seperti ini, lebih sesuai permukaan yang licin dan berkilat.


Masalah kedua adalah mewarna. Memang saya kurang mahir dalam penggunaan warna. Nak buat warna kuning minion pun jadi oren sunquik. Nak mencampurkan warna pun saya tak pandai. Jadi kalau nak warnakan sama seperti watak asal, memang jarang yang menjadi. Pernah juga saya menggunakan campuran warna untuk warna tanah, lautan dan air dan anda boleh tengok hasilnya pada kek tema ikan dan lautan, kek tema fountain 5 cabang dan juga kek air terjun Ben 10.



Banyak video dan buku yang saya tengok. Mereka membentuk watak diatas kek hanya menggunakan buttercream. Segala macam bentuk piping nozzle mereka maksimakan penggunaannya. Pendek cerita, kaedah memicit, tekanan, sudut dan segalanya mereka ketahui dan sebelum picit mereka dah tahu bagaimana bentuk yang akan keluar. Memang tersangat jeles. Bagi saya pulak, nak buat kek minion ni pun macam nak menitik air mata saya….

p/s : Kek coklat moist ini menggunakan 4 keping kek bersaiz 6 inci. Setiap lapisan di potong kepada dua dan di masukkan homemade chocolate ganache manakala diantara kek dilapiskan dengan buttercream. Beratnya melebihi 2 kg dan saya jual dengan harga hanya setengah ratus je..