Tak sangka. Dah masuk 6 tahun pun umur model blog Resepi Masakan Barat Komersial ni. Tahun depan dah nak masuk sekolah rendah. Dari awal tahun lagi dia dah pesan, birthday dia nanti nak kek angry birds. Lepas tu nak angry bird macam-macam kaler. Setiap kali, saya buat kek birthday yang ditempah, mesti dia ingatkan semula. Siap pesan lagi tak payah hadiah. Tapi saya belikan juga hadiah untuk dia. Kalau nak tahu apa hadiahnya, teruskan membaca.


Untuk anak sendiri, boleh la saya nak berlebih-lebih sikit dalam menghias. Hajat dihati nak penuhkan je keliling kek dengan coklat tapi entah macam mana, coklatnya macam tebal dan lebar sangat. Akhirnya jadi la kek macam tu.


Kalau kek dikelilingi coklat macam ni, memang susah nak potong. Abis gugur coklatnya sebab coklat tu keras. Tapi bagus juga sebab coklat menjadi pilihan kanak-kanak. Boleh la cikgunya bagi sama rata dengan kawan-kawannya.


Kat atas ni la hadiah yang dia dapat. Memang dia yang mintak sebenarnya tapi saya tak pernah bagi. Saja je nak bagi surprise. Bawak dia jalan-jalan merata pasaraya mencuba bermacam-macam kasut bola tapi tak de satu pun yang dibeli. Bila dia tanya, macam-macam la jawapan yg saya bagi. Tak muat la, mahal la, tak cantik la, uncle tu tak jual la. Lepas tu beli senyap-senyap. Bila sampai masanya baru bagi kat dia. Tak terkata dia. Satu perkataan pun tak keluar. Berkaca je mata dia, bila kasut yang dihajatinya dah dalam tangan. Memang sensitif dia ni. Cepat sangat tersentuh. Saya pulak yang rasa nak menitik air mata bila tengok dia macam tu.

p/s: Pernah surprise anak-anak? Cuba la. Nikmatnya lebih.