Saya masih lagi di KL. Mungkin hari ini atau esok akan balik JB semula. Jadi, tak de la resepi lagi hari ini. Cukup sekadar entri yang ringan-ringan je. Gambar kek coklat moist angry bird ini pula adalah kek yang baru siap dan baru sebentar tadi dihantar kepada pelanggan. Eh! Tadi kata masih di KL. Bila pula buat kek. Tu la. Dulu saya dah bagitau, saya ada Admin yang menguruskan blog saya, menguruskan penjualan ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, menyelesaikan masalah berkaitan komputer dan dia pun boleh membuat dan menghias kek. Jangan jeles.


Rasa seronok pula membuat kek menggunakan freehand. Mula-mula memang rasa susah, leceh dan macam-macam lagi. Bila dah beberapa kali buat terasa lebih mudah. Saya pun tak pandai melukis juga tapi sekarang ni dah ada banyak teknologi yang boleh membantu. Tak perlu risau jika pelanggan suka-suka hati je mintak gambar apa yang dia nak. Anda hanya perlu google je gambar yang dikehendaki. Tambahkan keyword coloring page bersama karektor yang anda mahu. Pilihlah gambar yang tak banyak garisan macam angrybird ni. Jangan pilih gambar yang banyak mempunyai garisan yang terlalu rapat. Kena fikirkan juga saiz garisan kita bergantung kepada saiz nozzle. Saya hanya menggunakan kertas minyak sahaja yang digulung menjadi piping bag sebab saya tak de nozzle yang banyak untuk digunakan jika perlu banyak warna. Kalau boleh, cari gambar yang tak banyak warna. Bila dah jumpa gambar yang sesuai, cetak atas kertas dan gunakan teknik tekap. Untuk garisan yang rapat, anda perlu lukis terus diatas kek. Senang je tu.

P/s: Tak pandai melukis bukan alasan lagi kecuali anda malas dan kurang kesabaran. Betul tak, Admin?