Tak tahu lah apa yang sibuk sangat sehingga tak sempat nak update blog. Dah berkeping-keping resepi dan gambar saya sediakan namun selalu kesuntukan masa. Saya akan paparkan sedikit demi sedikit dalam blog ini. Kalau anda tak mahu ketinggalan resepi menarik yang akan saya paparkan, sila tinggalkan email dalam borang feedburner di sebelah kanan atas blog ini. Setiap resepi baru yang saya update dalam blog ini akan terus ke email anda. Jadi hari ini kita cuma dapat tengok gambar kek angry birds ni je la ye..


Kek coklat moist angry birds ni masih lagi menggunakan resepi asal kek coklat moist dari ebook percuma Panduan dan Resepi Masakan Barat. Memang bertuah bila dah mahir buat kek coklat moist ni sebab ramai peminatnya. Sangat mudah mengubahsuainya menjadi kek-kek lain asalkan kreatif contohnya seperti Russian Black and White Cake.
Jenuh juga saya menggentel model-model angry birds ni berpandu pada game angry bird ni juga. Kena juga main beberapa level untuk menghayatinya. Jejak juga la sampai level 29. Hehehhe.. Sekarang ni rasanya dah tak payah tengok lagi la kalau nak buat model angry bird macam ni.


Kalau beli model-model angry bird macam ni di kedai, terbang juga la RM2 seekor. Sebab saya buat sendiri termasuk fondantnya sekali, jimat la beberapa belas ringgit. Bukan nak jimat sangat cuma hendak betul-betul memastikan kesuciannya. Sedih juga bila ramai penjual kek melayu langsung tak mementingkan halal haram bahan yang digunakan. Tak kira la berapa hebatpun produk import itu, kalau tak halal, tak ada maknanya. Kalau susah sangat nak cari fondant halal, email je saya. Harap saya boleh tolong. Kalau nak saya gentelkan jadi model-model kecil seperti gambar tu pun Insya Allah boleh. Jangan bagi alasan tak jumpa produk halal lagi. Kalau betul tiada yang halal, tolong jangan jual apa-apa.