Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam setiap apa yang ingin kita usahakan adalah merancang. Perancangan yang saya maksudkan adalah perancangan yang teliti agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Bukan sekadar duduk berbincang dan berfikir. Perlu meneliti segala sumber yang ada agar kita dapat lakukan mengikut kemampuan kita. Apa gunanya merancang design kek yang hebat sedangkan kia tak mempunyai peralatan yang diperlukan. Itulah yang saya lakukan untuk membuat Kek Baju Kurung Merah Jambu


Satu perkara yang sangat saya titikberatkan dalam perancangan ialah dokumentasi. Segala idea yang keluar perlu ditulis. Tak perlu lawa-lawa sangat. Asalkan kita faham sudah. Kalau dapat dokumentasi secara terperinci lebih baik. Biasanya kalau saya design kek, saya conteng-conteng je atas kertas. Kalau saya kulis lawa-lawa, pasti mengambil masa yang lama. Sewaktu idea datang mencurah-curah, kalau saya buang masa dengan melukis, dikhuatiri akan terlupa. Tangan saya tak sepantas otak saya.


Setelah semua idea dikeluarkan, barulah fikirkan satu-persatu idea yang keluar tadi. Dalam kes ini, setiap helaian kertas perlu dibelek untuk dibaiki. Fikirkan adakah ia menepati seperti yang kita kehendaki. Apa gunanya kek yang terlalu ekstrem beraneka warna dan betuknya tapi akhirnya ia ditutupi kotak berhias diluarnya. Adakah budget yang diberikan mencukupi untuk kek yang kita design.


Gambar-gambar diatas adalah kek hantaran perkahwinan fondant berbentuk baju kurung. Dibuat sewaktu menjelang deepavali jadi asyik keluar idea bercirikan India je. Didalamnya adalah kek coklat moist dari ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat 3 Percuma. Lakaran garisan dan lengkungan menggunakan royal icing.

p/s : Kalau anda merancang untuk menubuhkan perniagaan restoran, jangan lupa baca dahulu artikel Bagaimana Membuka Perniagaan Restoran Di Malaysia.