“Betul ke pisau ni? Macam alat mainan je.. Ringan pulak tu.” Itulah perkara pertama yang terdetik dihati saya sewaktu pertama kali memegang pisau seramik ini. Tapi itulah keajaibannya. Belum cuba belum tahu. Mungkin kerana warna mata pisaunya, menyebabkan saya seolah-olah tak percaya alat ini adalah teknologi kulinari yang masih baru lagi dinegara kita. Tak berlengah lagi, saya memotong segala benda yang ada didapur asalkan makanan.

Memang luarbiasa ketajaman pisau ni. Saya sukakan hasil potongannya yang licin. Saya menggunakan buah epal untuk membandingkan potongan pisau seramik dengan pisau biasa. Ternyata potongan menggunakan pisau seramik lebih licin. Guna mata kasar pun boleh nampak. Malangnya dalam gambar kelihatan sama. Paling saya suka apabila memotong tomato dan ulas oren. Biasanya apabila kita menggunakan pisau biasa, gerakan pisau sorong tarik akan menyebabkan tomato dan oren juga terikut kedepan dan kebelakang. Ini menyebabkan hasil potongan senget. Apabila menggunakan pisau seramik, tomato dan oren kekal ditempatnya dan tidak melekat pada mata pisau. Ini membolehkan saya memotong lebih nipis dari biasa. Hasilnya bucu potongan lebih ketara dan tidak rosak.

Mari kita kaji apa yang menyebabkan pisau seramik ini begitu istimewa. Faktor utama sekali tentulah mata pisaunya yang diperbuat dari Zirconium Dioxide iaitu sejenis mineral yang lebih keras daripada besi. Bahan ini langsung tidak ada tindakbalas kimia dengan makanan. Seperti yang kita tahu, makanan ada yang mengandungi asid. Ia akan memberikan tindakbalas pada pisau biasa yang menyebabkan pisau berkarat, bau rasa dan warna makanan melekat pada pisau, dan mencemarkan makanan. Pisau seramik bukan dibuat dari logam jadi ia tidak akan berkarat. Saya menguji dengan memotong cili. Setelah membilas sebentar dengan air, saya gunakan pisau seramik ini untuk memotong buah-buahan. Hasilnya tiada rasa pedas pada buah-buahan yang saya potong. Ini menunjukkan permukaan pisau ini licin tanpa liang-liang halus yang boleh memindahkan rasa makanan kepada makanan yang lain.

Daripada sifat istimewa pisau seramik, kita akan dapati, pisau seramik sangat tajam dan akan kekal tajam tanpa perlu diasah. Kerana kekerasannya, pisau ini tidak akan bengkok. Kerana ia tidak bertindakbalas dengan makanan, menyebabkan buah-buahan yang mudah lebam setelah dipotong seperti epal dan terung akan lambat teroksida. Walaupun pisau ini bukan logam, ia amat ringan. Banyak lagi kelebihan pisau yang perlu anda ketahui. Jom layari pisauseramik.com dan sama-samalah kita beraksi macam chef yang hebat.

Warnanya yang menarik sesuai juga dijadikan hadiah. Saya juga merasakan warna pisau ini boleh membantu individu yang takut sangat nak pegang pisau. Sewaktu saya melakukan eksperimen ini, saya dikelilingi pelajar-pelajar dan rakan sekerja. Rasa macam demonstrator pulak. Ramai juga yang hanya semata-mata nak meratah segala yang ada diatas meja saya setelah eksperimen selesai. Memang hebat tarikkannya. Tak hairanlah jika ramai yang meminta saya mendapatkan pisau seramik ini untuk mereka. Kalau rakan-rakan terdekat ni boleh la saya bantu. Bagaimanapun lebih baik anda mendapatkan terus dari pisauseramik.com. Barulah puashati.