Peniaga mana yang tak nak untung. Pelanggan mana pulak yang nak rugi. Kalau anda hanya pernah menjadi pelanggan sahaja, anda mungkin sukar memahami hal ini. Memang ada orang yang dalam kepalanya sentiasa berfikir negetif sahaja tentang peniaga. Pada mereka, semua peniaga berniat nak sembelih dia. Semua wang yang dikeluarkan untuk membeli sesuatu sentiasa dirasakan tidak sepadan dengan apa yang dia dapat. Tanpa rasa bersalah, peniaga ini dihukum kerana ingin berjimat.


Jimat dan kedekut sesuatu yang sangat berbeza. Pada mulanya saya sangkakan orang yang kedekut adalah orang yang berjimat dan orang yang berjimat tak semestinya kedekut. Sebenarnya orang yang kedekut tak semestinya berjimat dan saya dah banyak menemui orang seperti ini.


Berbelit-belit dan saya pun susah nak faham. Ada orang yang hidup serba sederhana, pakai handphone murah, makan makanan biasa, tinggal dirumah kecil sedangkan ia mampu. Adakah orang ini berjimat atau kedekut? Kedua-dua ada kemungkinannya. Biasanya saya akan melihat dari persepsi lain. Orang berjimat biasanya kedekut untuk diri sendiri tetapi tidak untuk orang lain. Orang berjimat akan membantu orang yang dalam kesusahan dan tidak berkira untuk mengeluarkan wang demi mereka. Orang kedekut biasanya berjimat untuk orang lain dan bukan untuk diri sendiri. Mereka sangat berkira dengan orang lain. Bermacam-macam alasan boleh mereka berikan sedangkan untuk diri sendiri, mereka tak kisah untuk membeli barangan mewah, melancong dan sebagainya.


Bagi saya, selagi saya hanya membeli barangan keperluan, selagi itu saya rasa saya sedang berjimat. Ada TV tak apa tetapi bukan Astro. Ada handphone tak mengapa tetapi bukan smart phone. Makan makanan biasa tiap hari tak mengapa, asalkan tetamu dihidangkan makanan lebih baik. Mungkin zaman ini, smartphone  satu keperluan. Tapi kalau sekadar menghantar sms dan membuat panggilan sahaja, nak buat apa telefon mahal-mahal. Internet dah ada pada laptop saya. Lebih baik gunakan untuk ibadah korban. Kalau anda mampu menggunakan telefon mahal, tentu anda mampu melaksanakan ibadah korban. Baru RM230 sahaja untuk tempahan ibadah korban secara online. Sambil beribadah sambil beramal. Lagi berfaedah.


Gambar-gambar diatas tu adalah gambar cupcake coklat moist yang saya hias menggunakan buttercream dan fondant. Frosting dari buttercream dan model dari fondant. Kek kaler pink memang sesuai untuk kanak-kanak perempuan.