Saya baru je masuk kerja. Cuba la tarik nafas panjang sikit. Tup-tup ternampak surat rasmi atas meja. Sulit dan Persendirian. Apa la yang sulit sangat. Rupa-rupanya lambaian KL. Pagi ni juga mesti bertolak ke KL. Serta-merta balik rumah semula kemas barang. Dah siap, terus ambik anak kat sekolah. Dapat la dia bersekolah satu jam je hari ni. Terus ke tempat kerja semula settlekan mana patut sebelum bertolak ke KL jam 11 pagi. Musnah harapan nak tarik nafas panjang sikit. Nafas sekarang ni semuanya macam tersekat-sekat.

Iklan : 5 iPad untuk dimenangi setiap hari sambil menjaga alam sekitar. Klik disini.

Memang sebelum ni berhajat sangat nak update blog dengan resepi-resepi biskut. Nampaknya terpaksa ditangguh lagi. Kalau saya tulis juga resepi, mungkin ramai pembaca yang gagal menghasilkan juadah yang betul. Kalau jiwa tengah kacau, memang tak banyak benda yang dapat dibuat. Setakat entri ringan-ringan tu boleh la ataupun resepi yang mudah je.
Hampir setiap bulan saya ke KL tahun ni. Bulan Ramadhan je tak ke mana-mana.Itupun hari terakhir sebelum puasa saya masih di KL. Appointment dengan doktor esok terpaksa ditangguhkan minggu depan. Pentaksir nak interview minggu ni pun tak dapat. Dah dua kali tak dapat jumpa. Terpulang kepada dialah nak menilai pencapaian saya. Saya hanya berserah kepada takdir. Jualan ebook resepi masakan barat komersial, tiada masalah. Tetap boleh diteruskan.


Gambar-gambar diatas adalah gambar yong taufu yang saya buat 2 hari lepas. Guna ikan kerisi je sebab ikan lain mahal sangat terutamanya tenggiri. Ikan sekilo cuma dapat 400g je lepas diasingkan isinya. Puas betul menikmatinya. Dari pagi sampai ke malam berkali-kali makan. Akhirnya saya kirimkan untuk abang saya di kampung. Bila buat sendiri yong tauhu memang makan tak habis. Kalau beli fishball dan segala aksesori yong tauhu memang makan sorang pun tak cukup. Kalau beli yong tauhu siap, lalu kat tekak pun tak terasa.


Untuk kali ini, saya tak buat sayur-sayuran yang disumbat isi ikan. Kalau sewaktu berniaga yong tauhu dulu memang banyak sayur digunakan. Bendir, cili, cili benggala, terung, peria dan macam-macam lagi semua disumbat dengan fishball. Ada juga fishball yang berinti sayur-sayuran, isi ketam, udang dan sebagainya. Ada yang digoreng, direbus dan dikukus. Tapi untuk ini saya buat yong tauhu yang saya suka je. Tauhu nipis gulung dengan isi ikan, tauhu tebal dilapisi isi ikan, fishball goreng, tauhu keras dan tauhu pok sumbat isi ikan dan tauhu keping goreng.


Di Johor cuma ada kuah sup sahaja untuk yong tauhu. Kalau orang KL datang, mesti terpinga-pinga sebab cuma dapat sup dan sos sahaja. Ada juga la yang jual steamboat guna kuah hitam tapi tak ramai. Kalau yong tauhu guna kuah hitam memang saya belum pernah jumpa. Kalau steamboat makan dengan kuah kacang memang banyak. Tapi memang saya tak gemar langsung. Memang rasanya tak masuk langsung. Dah la tu, mahal melampau pulak. Jadi saya buat sendiri kuah hitam untuk yong tauhu resepi komersial yang sangat mudah, cepat, jimat dan yang paling penting, sangat sedap. Ada bahan rahsia yang membuatkan fishball lebih kenyal dan kuahnya unik dan lain dari yang lain. Lain kali baru saya kongsikan atau mungkin ebookkan bersama cara-cara lengkap membuat yong tauhu beserta aksesorinya. Insya Allah.