Kategori guru-guru sekolah
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, October 6, 2010
Under: Sembang-sembang dan tip masakan


Memang banyak guru yang seperti ini. Mereka mempunyai berbagai alasan mengapa mereka terpaksa menjadi guru. Ada yang dipaksa oleh ibubapa. Ada juga yang tiada pilihan lain sewaktu memilih bidang pengajian. Dan ada juga yang berkelulusan tinggi tapi tiada peluang pekerjaan lain, akhirnya memilih memasuki maktab perguruan dan keluar sebagai guru. Guru dalam kategori ini bukan sahaja tiada semangat untuk bekerja. Mereka juga sering membuat kerja-kerja lain seperti berniaga, berpolitik, memenuhi kehendak hobi mereka dan sebagainya sehingga mengabaikan tugas-tugas sebagai guru.

Duit pasti menjadi rebutan dalam dunia serba kebendaan sekarang ni. Guru juga memerlukan duit tapi biarlah duit itu datang dari titik peluh sendiri. Mereka juga sebenarnya terpaksa menjadi guru untuk mendapatkan pendapatan yang tetap dan stabil sedangkan tiada sekelumitpun minat dalam diri mereka. Ini menyebabkan mereka mengabaikan tugas-tugas yang diserahkan kepada mereka dengan alasan tugas itu tidak menambahkan pendapatan mereka. Mereka akan berkata, tugas itu sepatutnya dilakukan oleh kerani dan bukan kerani yang membayar gaji mereka. Mereka juga jarang bekerja lebih masa, mengelak dari menghadiri kursus-kursus dan tidak rela menggunakan masa lapang dan hujung minggu mereka untuk kebaikan para pelajar. Asalkan kerja-kerja utama mereka siap, mereka sudah berpuas hati. Kemajuan para pelajar perkara kedua.
Kategori guru yang terkeluar dari bidangnya
Jenis guru seperti ini biasanya mempunyai minat yang mendalam sebagai pendidik sayangnya mereka tidak diletakkan ditempat yang betul. Contohnya seorang guru yang mendapat pengkhususan dalam pendidikan pelajar pekak dan bisu diletakkan sebagai pengajar kanak-kanak spastik. Ini membuatkan guru itu terpaksa belajar semuanya dari awal. Bagi guru yang cepat berputus asa, pasti minat untuk menjadi guru menurun sedikit demi sedikit.

Guru yang ikhlas, akan melakukan apa sahaja untuk kemajuan pelajarnya. Tak apalah menjadi kerani asalkan pelajar mendapat manfaatnya. Sanggup menghabiskan waktu lapang bersama pelajarnya. Tak kurang juga yang berhabis wang ringgit untuk menyediakan bahan pengajaran yang lebih baik. Sayangnya guru dalam kategori ini sering dipergunakan oleh orang lain untuk kepentingan sendiri. Mereka tahu, guru dalam kategori ini tidak akan menolak kerja, jadi guru ini akan ditimbunkan dengan kerja-kerja yang hanya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Guru seperti ini biasanya hanya diam sahaja dan tidak mampu melawan mereka yang petah berkata-kata, pakar membodek, gila kuasa dan hanya mementingkan nama. Tak hairanlah jika guru dalam kategori ini akan pupus selagi wujud manusia yang suka mengambil kesempatan.

Pernah jumpa kategori guru yang lain? Sila komen dalam ruang yang disediakan.
In : Sembang-sembang dan tip masakan
Tags: "jenis-jenis guru" "tugas sebagai guru" "guru malaysia" "pekerjaan guru"
blog comments powered by Disqus


