Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengeluarkan kalendar persekolahan untuk tahun 2010. Berikut adalah tarikh persekolahan dan cuti yang telah ditetapkan.

Untuk kumpulan A
  1. 03.01.2010 - 11.03.2010 (Hari persekolahan)
  2. 12.03.2010 - 20.03.2010 (Cuti pertengahan penggal)
  3. 21.03.2010 - 03.06.2010 (Hari persekolahan)
  4. 04.06.2010 - 19.06.2010 (Cuti pertengahan tahun)
  5. 20.06.2010 - 02.09.2010 (Hari persekolahan)
  6. 03.09.2010 - 11.09.2010 (Cuti pertengahan tahun)
  7. 12.09.2010 - 18.11.2010 (Hari persekolahan)
  8. 19.11.2010 - 01.01.2011 (Cuti akhir tahun)

Untuk kumpulan B

  1. 04.01.2010 - 12.03.2010 (Hari persekolahan)
  2. 13.03.2010 - 21.03.2010 (Cuti pertengahan penggal
  3. 22.03.2010 - 04.06.2010 (Hari persekolahan)
  4. 05.06.2010 - 20.06.2010 (Cuti pertengahan tahun)
  5. 21.06.2010 - 03.09.2010 (Hari persekolahan)
  6. 04.09.2010 - 12.09.2010 (Cuti pertengahan tahun)
  7. 13.09.2010 - 19.11.2010 (Hari persekolahan)
  8. 20.11.2010 - 02.01.2011 (Cuti akhir tahun)

Setelah mengetahui tarikh persekolahan dan cuti penggal bagi tahun 2010 ini, saya mula menghitung untuk menyediakan rancangan pelajaran bagi tahun hadapan. Apabila disemak kalendar tahun 2010, rupa-rupanya banyak cuti umum jatuh pada hari Sabtu dan dalam cuti persekolahan. Bagi negeri tempat saya bertugas, hari Sabtu merupakan hari cuti persekolahan. Dengan itu aktiviti pembelajaran kurang terganggu dibandingkan dengan tahun ini, cuti umum banyak jatuh pada hari Ahad membuatkan cuti digantikan pada hari Isnin. Kumpulan pelajar pada hari Isnin terpaksa menjalani kelas tambahan pada hari Jumaat petang selepas sembahyang Jumaat.

Di antara cuti jatuh pada hari Sabtu adalah:

  1. 30.01.2010    -    Thaipusam
  2. 01.05.2010    -    Hari Pekerja
  3. 05.06.2010    -    Hari Keputeraan SPB Yang Di-Pertuan Agong
  4. 19.06.2010    -    Hari Hol Almarhum Sultan Johor
  5. 10.07.2010    -    Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang
  6. 11.09.2010    -    Hari Raya Puasa Kedua
  7. 09.10.2010    -    Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka
  8. 23.10.2010    -    Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak
  9. 11.12.2010    -    Hari Keputeraan Sultan Selangor
  10. 25.12.2010    -    Hari Krismas