Beberapa bulan kebelakangan ni, semakin kerap pulak saya shopping online. Pagi petang siang malam, ada je email yang membuat mata saya tak berkelip. Produk yang menarik hati saya biasanya barang yang susah sangat nak jumpa kat tempat saya atau barang yang belum pernah saya bayangkan. Banyak jugak barang yang saya rasa “Bagus jugak kalau ada benda ni. Senang sikit kerja saya.” Pernah jugak saya beli mi segera 4 x 5 bungkus sebab harganya hanya RM10 sehinggakan posmen yang hantar pun pelik. Company yg jual tu pun satu hal, bungkus la parcel tu sampai tak boleh agak apa kat dalamnya. Buat malu je! Barang yang saya tak pernah beli pulak adalah pakaian atau produk-produk fabrik sebab saya mesti nak pegang, nak pakai, nak rasa dulu baru beli. Setakat tengok-tengok gambar tak syok.



26 Februari 2014 esok, ada lagi promosi yang mesti saya siasat. Diskaun sehingga 90%! Sesuatu yang jarang-jarang berlaku untuk laman online shopping terkemuka di Malaysia dan Indonesia. Kalau Jakel, memang sepanjang tahun promosi 90%. Bila datang, rupa-rupanya kain lebihan yang dah cukup 4 meter. Naik nyampah pulak. Jadi artikel kali ini saya tulis khusus untuk menjemput anda membeli-belah bersama saya. Nasihat saya, belilah barangan yang berguna dan terbukti jauh lebih murah dari tempat lain. Kalau murah sikit-sikit je, baik jangan beli. Baca segala maklumat barangan sebelum beli seperti dimensi, saiz, kuasa, dan lain-lain lagi. 

Jangan ketinggalan untuk mengunjungi Lazada Extravaganza Sale. Hanya 1 hari sahaja dari 12.01am hingga 11.59pm 26 Februari 2014. Jika terlepas peluang ini, boleh kunjungi Lazada dengan mengklik disini.