Sijil Halal bagi seluruh negeri di Malaysia telah diselaraskan dan menggunakan logo yang sama iaitu Logo Halal Malaysia. Bagaimanapun permohonan sijil pengesahan halal ini boleh dipohon di setiap Jabatan Agama setiap negeri dan juga JAKIM dan akan di anugerahkan logo yang sama iaitu Logo Halal Malaysia. Logo ini diterima di kebanyakkan negara kerana ia melambangkan kesucian, kebersihan dan kualiti seperti yang dituntut oleh syarak. Negara-negara ini sedia mengimport produk dari Malaysia kerana mereka percaya negara kita sangat menitikberatkan isu halal dan pengurusan permohonan sijil halal lebih terperinci dengan pemantauan yang ketat.

Berikut adalah cara-cara memohon Sijil pengesaha Halal dan Logo Halal Malaysia bagi negeri Johor.
  1. Anda perlu meneliti dan memenuhi syarat-syarat permohonan pengesahan halal dimana ia meliputi isu berkaitan syarikat pengeluar dan juga produk yang dikeluarkan. Klik link untuk maklumat lanjut.
  2. Anda juga perlu menyediakan dokumen-dokumen yang perlu disertakan untuk permohonan sijil halal. Klik link untuk maklumat lanjut.
  3. Download Borang Permohonan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal Malaysia. Klik link untuk download. Lengkapkan borang dengan betul.
  4. Borang yang lengkap diisi bersama dokumen-dokumen yang diperlukan, hendaklah dihantar (melalui pos) ke alamat dibawah:
Unit Pengurusan Halal,
Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Agama Johor
Aras 1, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725,
80990, Johor Bahru, Johor.


Proses Pemberian Sijil Halal
  1. Borang permohonan serta dokumen diterima dan direkodkan
  2. Permohonan akan disemak. Jika tidak lengkap, ia akan dikembalikan untuk dilengkapkan. Jika lengkap, surat akuan penerimaan permohonan akan dikeluarkan dan kadar bayaran akan ditentukan.
  3. Bayaran diterima dari pemohon.
  4. Lawatan dan pemeriksaan akan dilakukan kepada premis yang dipohon.
  5. Sampel produk diambil untuk analisis Jabatan Kimia dan ujian akan dilakukan seterusnya laporan pemeriksaan dikeluarkan.
  6. Mesyuarat Panel Pengesahan Halal dimulakan dan permohonan sijil pengesahan halal akan ditentukan. Setiap keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon. Jika lulus, barulah Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal Malaysia akan dikeluarkan.