Kadar Tukaran Unit Sukatan Dalam Masakan
Gula Castor 1 cwn = 175g / 6.25 oz
Gula Aising 1 cwn = 125g / 4.5 oz
Gula Perang 1 cwn = 120g / 4.25 oz
Tepung Gandum 1 cwn = 125g / 4.5 oz
Tepung Roti 1 cwn = 135g / 4.75 oz
Tepung Jagung 1 cmb = 8g / 0.29 oz
Baking Powder 1 cmt = 4.8g / 0.17 oz
Cream of Tartar 1 cmt = 2.25g / 0.08 oz
Dibawah ini sukatan untuk air isipadu berbanding berat
1 cmb = 15 ml = 15g
1 cmt = 5 ml = 5g
1 cwn = 250ml = 250g
1 L = 1000ml = 1000g = 4 cwn = 2.2 lbs
cwn = cawan
cmt = camca teh
cmb = camca besar
1 cwn = 16 cmb
1 cmb = 3 cmt
Tip Masakan Berguna
- Kadar tukaran untuk bahan-bahan diatas semuanya menggunakan bahan yang belum diayak. Jika bahan-bahan dalam bentuk serbuk diayak dahulu sebelum disukat menggunakan cawan, camca besar dan camca teh, kita akan dapati berat bahan yang belum diayak lebih daripada berat bahan yang telah diayak. Ini kerana struktur bahan yang belum diayak lebih padat. Walaupun bezanya tak banyak tapi ada masanya perbezaan seperti ini menjadi penting. Untuk mendapatkan berat yang sebenarnya untuk bahan yang telah diayak, saya harap anda dapat melakukannya sendiri. Untuk bahan-bahan lain pun cuba la usaha sendiri.
- Untuk menjadi usahawan makanan berjaya, sukatan yang tepat sangat penting untuk menjamin produk yang konsisten disamping dapat menganggar margin keuntungan dengan lebih tepat. Bagus ke kalau uli sekilo tepung untuk membuat donut kadang-kadang dapat 30 biji, kadang-kadang lebih, kadang-kadang kurang? Ini akan menyebabkan hasil jualan anda sekejap tinggi sekejap rendah walaupun setiap hari jualannya habis.
Gambar-gambar kat atas tu adalah gambar alat timbangan digital saya yang comel. Baru 2 bulan saya beli secara online menggunakan wang yang saya perolehi dari program PTP macam banner kat atas tu. Ntah macam mana boleh terjumpa pulak web yang menjual alat ni dengan harga yang sangat murah. Rasanya harga penimbang digital ni 3 atau 4 kali lebih mahal di tempat saya. Yang bestnya kos penghantaran pos percuma walaupun terpaksa menunggu lebih 20 hari. Senang kerja saya sekarang ni. Walaupun kecil, sangat berguna. Program PTP kat atas tu pulak bukan boleh dapat banyak sangat. Sebulan ada la dalam USD1 je. Tp saya biarkan je kat situ sebab saya tak perlu buat apa-apa. Hanya perlu papar banner dan akan dibayar apabila ada pelawat dari beberapa negara melawat blog saya ni. Tak payah tunggu orang klik. Saya tau, anda semua bukan klik pun iklan-iklan di blog saya ni. Yang menariknya, bayaran dibuat 2 kali sebulan dengan bayaran minimum USD0.10 je. Tak perlu mohon untuk tunaikan pendapatan. Automatik je bila 15 dan 30 haribulan, kalau ada duit lebih dari USD0.10 terus je dibayar dalam paypal atau webmoney. Kalau nak tunggu anda klik iklan nuffnang dan says saya tu, berjanggut la saya. hehehhe
In : Sembang-sembang dan tip masakan
Tags: unit sukatan tukaran cawan gram "sudu teh" "sudu besar" berat timbangan digital oz ml liter
blog comments powered by Disqus



