Tak de la anti sosial sangat saya ni. Bila cuma perlu bergerak dua tiga kilometer je dari rumah saya, macam Jomheboh semalam, saya tak de hal punya. Tapi kalau kena bergerak beberapa ratus kilometer untuk benda macam ni, saya rasa tak mungkin. Kalau untuk aktiviti bersama blogger, mungkin saya akan fikirkan sekali lagi. Lain la kalau untuk food review atau testing, asalkan berbaloi, saya sanggup pergi.


Tak de apa yang betul-betul menarik hati saya di Jomheboh. Nak jumpa artis, saya ni pemalu. Produk jualan pun tak de yang saya perlukan. Produk makanan kebanyakkannya junkfood. Memang anak saya tak makan. Hotlink, saya dah ada. Kereta, saya rasa yang ada ni cukuplah. Tak larat nak bayar nanti. Nak join aktiviti kat sana? Anak saya tak nak. Bebudak main kotak beracun berbelas orang. Kena denda menari, menyanyi dan macam-macam lagi. Pemenang utamanya dapat hadiah pembaris. Kehekehkh


Jumpa la pulak Chef Razak, pakar seni ukiran buah. Nasib baik dia masih ingat saya. Kalau tak, malu je. Akhirnya, ada juga kebaikannya saya berkunjung ke Jomheboh. Lain kali boleh pergi lagi. Jumlah wang yang dibelanjakan RM13.40 termasuk parking dan toilet. Pernah pergi Jomheboh? Berapa RM yang dibelanjakan?