Ini adalah entri sambungan mengenai telur yang lalu. Kali ini saya ingin kongsikan cara dan teknik memasak telur yang betul.

Boiled Egg (Telur Rebus)
Terbahagi kepada 3 jenis iaitu soft boiled, medium boiled dan hard boiled.
Cara merebus telur
  1. Didihkan air yang banyak, cukup untuk menenggelamkan keseluruhan telur. Tambahkan sedikit cuka untuk mengelakkan telur pecah atau retak sewaktu direbus.
  2. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan merenih perlahan baru dimasukkan telur.
  3. Biarkan telur selama 3-4 minit untuk telur setengah masak, 5 - 7 minit untuk tiga suku masak dan 12 - 15 minit untuk telur rebus keras.


Poached Egg (Telur Carak)
Untuk membuat poached egg, telur mestilah betul-betul segar. (Klik entri Ada Apa Dengan Telur untuk mengetahui bagaimana telur yang segar). Poached egg haruslah lembut dan lembab dimana telur putih mestilah cukup kuat untuk menyaluti telur kuning, manakala telur kuning masih kekal cair.
Cara membuat poached egg
  1. Didihkan air yang banyak sekurang-kurangnya sedalam 3 inci. Tambahkan 1 cmt cuka untuk setiap 1/2 L air.
  2. Kecilkan api dan biarkan merenih dengan suhu lebih kurang 90C.
  3. Pecahkan telur dan masukkan kedalam air panas tadi. Lebih mudah jika dipecahkan dalam mangkuk dahulu sebelum dicurahkan kedalam air. Masukkan hanya sebiji telur pada satu-satu masa.
  4. Biarkan telur merenih 3 - 5 minit sebelum diangkat perlahan-lahan menggunakan senduk yang berlubang.


Sunny Side Up / Bull Eye Egg (Telur Mata Lembu)
Untuk menggoreng telur cara ini juga memerlukan telur yang segar. Telur boleh digoreng menggunakan sedikit minyak atau mentega tetapi kaedah tang terbaik adalah dengan menggunakan kuali dengan permukaan tak melekat. (non-stick pan)
Cara menggoreng telu mata lembu
  1. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan sedikit minyak jika perlu. Tunggu sehingga minyak panas.
  2. Pecahkan telur dan gorengkannya. Pastikan kuningnya tidak pecah kecuali jika diminta oleh pelanggan.
  3. Goreng telur sehingga mendapat telur yang keras seperti yang diingini dan bolehlah diangkat. Ini dinamakan sunny side up.
  4. Untuk telur goreng keras, terbalikkan menggunakan sudip.
  5. Angkat dan hidangkan serta merta setelah digoreng.

Untuk beberapa jenis masakan telur ringkas yang lain, saya akan sambung dalam entri yang seterusnya