Awal minggu ini saya menghadiri satu jamuan khusus untuk guru dan staff sebagai simbolik sesi persekolahan sudah menghampiri ke penghujungnya.


Bukan niat saya untuk melelehkan air liur anda. Harap anda dapat sedikit idea dan ilmu dalam menganjurkan sesebuah jamuan. Ini penting sekiranya anda berniat membuka perniagaan dalam bidang katering.


Salad diatur dengan ringkas sahaja. Penggunaan pinggan mangkuk yang seragam sepatutnya dapat menyerikan lagi hidangan. 


Terlalu ringkas susunan buah-buahan ini. Idea menghidangkan buah-buahan seperti ini hanya sesuai untuk jamuan melebihi 500 orang sahaja.


Bilangan kuih-muih dalam setiap pinggan adalah sama bergantung kepada jumlah tetamu. Saiz hidangan adalah sangat penting untuk menjadi pengusaha katering yang baik, Tak boleh lebih dan tak boleh kurang. Kalau kurang, bermakna anda tidah jujur. Pelanggan akan marah dan makanan tak cukup. Jika terlebih, menyebabkan anda terpaksa menanggung kos yang lebih.


Lihatlah susunan kuih-kuih ini. Nampak macam banyak kan? Cara susunan kuih-muih juga boleh mempengaruhi mata kita tapi bukan mata saya.


Dah la kuihnya kecil. Sikit pula tu. Kalau tak disusun dengan betul, pelanggan akan mengatakan hidangan yang disediakan tidak mencukupi walaupun sebenarnya mereka tak dapat menghabiskan semua hidangan yang disediakan. Tak percaya? Sila komen dibawah.


Malas la saya nak komen mengenai lauk-pauk. Anda komen la sendiri dalam ruang komen yang saya sediakan dibawah.


Berapa ekor udang agaknya yang pengusaha katering sediakan untuk setiap seorang tetamu?


Dah ada nasi, lebih baik saya pilih nasi daripada roti. Lapar ni. Roti ni nampak cantik kerana sistem pencahayaan dalam dewan ini. Padahal roti ni biasa je. Kesimpulannya, makanan kalau diletakkan ditempat yang cantik akan kelihatan lebih menyelerakan.


Akhirnya saya ambil semuanya sikit-sikit. Dapat rasa setiap satu hidangan jadi la. Roti pun nak kena rasa ni.


Harap anda dapat menilai tahap hidangan ini. Gunakan ilmu yang anda perolehi dan kongsikan dengan orang lain. Cuba la sekali sekala anda hidangkan dengan persembahan yang lebih baik untuk keluarga.