Isu makanan kita dicemari bahan haram bukan baru dinegara kita. Setiap minggu, setiap bulan pasti ada isu ini dibangkitkan dan boleh dibaca diakhbar. Sikap kita yang terlalu bergantung kepada orang asing untuk membuat makanan kita antara penyebab mengapa isu ini seolah-olah tiada kesudahan. Tidak sepatutnya kita mengharapkan mereka memahami pantang larang kita kerana mereka tak akan cuba memahaminya. Pada mereka, asalkan tiada anjing tiada babi, makanan dikira halal. Padahal, tempat mereka menyediakan makanan, berkeliaran anjing sana sini. Pada mereka, asalkan ayam dibeli dari orang melayu, masakan mereka dikira halal sedangkan periuk, kuali juga oven pernah digunakan untuk memasak benda haram. Ingatlah, makanan cuma ada halal dan haram sahaja. Tiada haram sikit-sikit, atau kurang halal.

Orang kita memang tak banyak pilihan. Nak mencari makanan yang sebenar-benar halal  menjadi semakin sukar. Belum tentu kek yang dibeli dari orang melayu islam itu halal selagi mereka menggunakan bahan yang mereka sendiri tak tahu asal usulnya. Bahan membuat kek seperti gelatin, susu tepung, tepung premix, egg powder dan segala macam bahan lagi pernah dilaporkan mengandungi DNA babi. Bagaimana pula dengan produk yang mengandungi bahan dari haiwan yang tidah disembelih? Bolehkah kita mengesannya?

Fondant, gumpaste, sugarpaste adalah antara bahan hiasan kek yang berkemungkinan mengandungi gelatin. Sekarang ni banyak bunga-bunga fondant siap dijual dikedai-kedai. Hanya pilih warna, bentuk dan saiz sahaja. Beli dan susun atas kek. Beranikah anda menyentuh apalagi memakannya? Bagaimana pula dengan edible image, edible ink, sugar paper. Ada sesiapa yang tahu kandungan utamanya? Mungkinkah ia mengandungi alkohol? Begitu juga dengan tepung premix seperti muffin, kek, jelly, biskut, shortbread dan lain-lain. Ada usahawan yang bergantung harap kepada tepung-tepung segera sebegini untuk berniaga. Kemudian dihias dengan bunga-bunga segera atau dibuat menggunakan adunan fondant yang siap diadun. Cakap banyak pun tak guna.

Gambar-gambar diatas adalah projek hujung minggu saya sekeluarga membuat bunga untuk hiasan kek saya. Adunan fondant dan sugarpaste saya buat sendiri dari bahan-bahan yang saya tahu statusnya. Memang penat melayan benda-benda kecik macam tu. Apa lagi bila ada anak menyibuk. Kalau tak diberi, merajuk pula. Lebih baik saya terus ajar dia cara membuatnya. Sekurangnya saya dapat memerhatikan kerja-kerjanya agar sentiasa kemas dan bersih selalu. Bunga kecik tu kat kedai jual dengan harga hampir RM3 untuk 20 kuntum. Kalau anda buat sendiri, anda akan dapat bunga 10 kali ganda lebih banyak. Boleh bentukkan dan warnakan sesuka hati.