Sedar tak sedar, dalam masa lebih kurang setahun setengah, pelajar-pelajar saya akan menjadi graduan pertama kolej ini dalam bidang kulinari. Saya sentiasa berharap untuk memberikan lebih banyak ilmu kepada mereka. Apakan daya, bukan semua berminat untuk memperolehi ilmu yang saya ada. Kebanyakkannya hanya belajar sekadar untuk mencukupkan kredit. Dan terpaksalah saya mengajar hanya sekadar melengkapkan silibus. Dan kini mereka akan menjalani latihan praktikal di industri yang mereka pilih sendiri. Akhirnya mereka tahu, majikan hanya berminat dengan pekerja yang berkemahiran sahaja.




Setiap tahun, kolej menerima beribu-ribu permohonan kemasukkan untuk bidang kulinari. Hanya beberapa puluh sahaja yang diterima. Diantara yang diterima ini, hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar berminat menceburi industri kulinari. Selebihnya hanya berminat untuk memasak untuk suami dan keluarga. Sebahagian lagi kerana mereka tahu, mereka tak mampu mengambil SPM dan ada juga yang terpaksa mengikut kemahuan keluarga. Saya masih ingat lagi sewaktu temuduga, mereka semua sanggup melakukan apa sahaja untuk masuk ke kolej. Sanggup bayar banyak untuk peralatan, uniform dan sebagainya. Sanggup bekerja keras dan bersusah payah kerana peralatan industri dalam bidang kulinari bukannya kecil. Apabila dah diterima masuk, segala yang disuruh, semuanya mengelak!



Pelajarpelajar saya akan memperolehi Diploma Kulinari sebelum berumur 20 tahun. Ini bermakna, tahapnya lebih tinggi dari SPM. Jika anda memohon untuk masuk ke bidang ini kerana anda tak mampu mengambil SPM, anda sebenarnya salah. Bidang ini memerlukan kesungguhan, ketabahan serta kekuatan mental dan fizikal. Bekerja dibidang ini bukan semudah yang disangka. Sanggupkan anda menyediakan hidangan untuk beribu-ribu pelanggan sehari? Berapa besar periuk yang diperlukan? Laratkah anda mengangkatnya? Kalau 1000 orang nak sarapan pukul 7 pagi, pukul berapa anda kena mula memasak? Mengapa ramai chef lelaki yang bekerja di hotel-hotel?



Gambar-gambar didalam artikel ini adalah gambar sewaktu kami menguruskan jamuan baru-baru ini. Saya suka melibatkan semua pelajar saya dalam aktiviti seperti ini. Inilah masanya mereka menimba ilmu sebanyak-banyaknya dari saya. Tapi nampaknya hanya pelajar yang sama je yang mahu ke depan. Pelajar-pelajar ini dapat menyerap banyak ilmu tambahan yang tidak dapat diajar didalam kelas. Saya tahu, ramai yang cemburu bila hanya pelajar yang sama sahaja dapat berada disamping saya. Jangan salahkan sesiapa. Anda mahukan ilmu, anda yang perlu datang kepada saya. Saya tak akan datang merayu kepada anda untuk menimba ilmu dari saya. 



Saya suka mengambil sukarelawan bila menganjurkan aktiviti luar. Bila menawarkan diri sebagai sukarela, anda perlu membuktikan anda mampu melakukan seperti yang diarahkan. Saya tak mahu majlis tunggang-langgang kerana memilih orang yang tak tepat. Kalau orang yang pemalas, suka mengelak kerja, tak boleh diarah atau berperangai buruk, itu tak tau, ini tak tau, memang saya reject la. Tak perlu la nak cakap kat belakang atau dengki dengan orang yang rapat dengan saya. Banyak peluang untuk menunjukkan bakat anda. Tapi kalau pertandingan memasak pun tak nak masuk, pertandingan mengukir buah pun anda mengelak, macam mana saya nak tahu anda berbakat. Yang saya tahu, anda cuma pandai cakap je. Bukti tarak!