Hari ini, saya dah pun berada di Kuala Lumpur untuk kursus selama seminggu macam yang pernah saya ceritakan dulu. Kursus seperti ini memang saya tak gemar sangat sebab tak dapat duduk di dapur. Sepanjang masa dikelilingi kertas. Tangan sentiasa pegang pen sedangkan rekabentuk tangan saya ni dicipta khas untuk memegang sudip! Tapi tak mengapalah. Demi pelajar-pelajar saya, saya ikutkan juga. Kesian saya ni. Terhegeh-hegeh sorang-sorang datang ke KL sedangkan sepatutnya ada beberapa orang lagi patut bersama saya.


Gambar-gambar dalam entri ni pulak adalah gambar mixer baru yang saya beli. Dah lama saya mengidam nak memiliki stand mixer tapi bila tengok harga sekitar RM2000, terus kensel. Kini era hand mixer saya dah tamat. Tiada lagi mengadun kuih dalam periuk nasi. Saya tau, ramai yang tak percaya, selama ni saya membuat kek menggunakan hand mixer berharga RM70. Dah berkali-kali hand mixer saya tukar sebab pengguna ekstrem macam saya memang cepat je jahanam. Hari-hari guna maaa... Saya beli mixer tu secara online. Tak sengaja terjumpa web yang jual murah. RM400 je lepas diskaun 47% termasuk penghantaran. Pakat dengan kawan-kawan, saya sambar 3 bijik. Syukur la daripada tak ada. Mixer heavy duty 5.2L pada harga tu kira berbaloi la. Lepas order, baru perasan. Cawangan pengedar mixer The baker tu belakang rumah saya je. Hehehhe Macam mana boleh tak tau nih?