Masih lagi kek Ben 10 yang berasaskan kek coklat moist. Bila pelanggan tetap saya dah nampak kek Ben 10 yang saya buat untuk sambutan hari lahir anak saya dalam entri yang lepas, dia pun berminat untuk harijadi anaknya yang kebetulan jatuh beberapa hari kemudian. Dalam keadaan tergesa-gesa, saya buat juga kek untuk beliau dan inilah hasilnya. Kali ini tiada air terjun, cuma ada tasik kecil. Bolehlah dikatakan cuma lopak air je. heheheh. Juga cuma 1 tingkat sahaja tanpa homemade chocolate ganache yang meleleh didalamnya. Kira ok la mengikut budget yang ada.

Masalah saya bila nak menghias kek ni selalunya sewaktu hendak mencari idea. Memang susah idea nak keluar. Bila ada idea pula, peralatan pulak tak cukup. Mana yang dapat, saya gunakan jejari saya je la. Takkan la nak beli alat yang mahal-mahal sedangkan saya jarang menggunakannya. Acuan dengan betuk-bentuk yang unik selalunya akan terperap setelah beberapa kali guna. Maklumlah, takkan la semua pelanggan nak bentuk yang sama je. Jadi jari memang menjadi aset saya yang paling penting. Jadi, kepada anda yang ingin belajar menghias kek, janganlah terlalu bergantung kepada alat. Gunakan kebijaksanaan anda menghasilkan pelbagai rupa kek dengan peralatan yang paling minima. Kalau tak buat macam tu, nanti jadilah macam saya. Bila tak de alat, mulalah mati kutu.

Seperkara lagi, untuk setiap hiasan, kalau boleh adunkan sendiri sehingga menjadi bentuk yang diingini. Setiap apa yang anda buat sendiri akan menjadikan hasilnya lebih unik. Adunan fondant, gumpaste, sugarpaste juga boleh dibuat sendiri lebih awal. Setakat bunga-bunga kecil macam dalam gambar kat atas tu, takkan tak boleh buat sendiri. Sekurang-kurangnya anda tahu bahan-bahan untuk membuatnya agar terjamin kebersihan dan kesuciannya. Elakkan dari menggunakan produk segera.

Esok iaitu 8 Jun 2011, saya ingin berehat ke Mersing. Dah lama saya tak mandi laut di tempat kegemaran saya. Sambil-sambil tu dapat la menghilangkan segala hangin-hangin seluruh badan yang saya dapat sewaktu pulang kekampung baru-baru ini. Kalau tak pergi, asyik nak menyirap je darah ni. Tak boleh tengok salah sikit. Kalau segalanya berjalan lancar, malam la baru balik. Kalau hati belum sejuk, saya tambah la sehari dua lagi. Harap dapat semangat baru untuk meneruskan kerjaya dan minat saya ini.

Kepada sesiapa yang baru tergerak hati untuk mendapatkan ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial termasuk ebook yang mengandungi kek coklat moist yang saya gunakan untuk kek-kek diatas ni, harap bersabar dahulu selama satu hari kerana saya ingin berehat betul-betul. Lepas tu baru cerita okey?