Saya baru pulang dari kampung 2 hari yang lepas. Di kampung, faham-faham sendiri la. Talian internet memang slow sampaikan nak update blog pun rasa malas. Elok-elok dah ada idea, bila tunggu website nak loading je terus hilang semua. Selepas selesai semua urusan di kampung baru saya, terus balik semula ke bandar. Rindu pulak rasanya nak berblog. Kepada yang menunggu update blog ini melalui email, minta maaf banyak-banyak. Kepada yang belum mendaftar untuk menerima update blog ini melalui email, boleh lah berbuat demikian dengan memasukkan email anda dalam borang feedburner dibahagian atas sidebar blog ini. Anda akan menerima segala update blog ini termasuk resepi-resepi percuma setiap kali saya paparkan entri yang baru.

Gambar-gambar kek dalam entri kali ini adalah gambar kek coklat moist yang saya hias untuk sambutan harijadi anak saya yang ke-5 tahun. Hanya larat hias ala kadar je memandangkan pada hari yang sama saya perlu membuat 4 biji kek lagi yang ditempah oleh kawan-kawan. Jadi terpaksalah mengutamakan pelanggan dahulu.

Bagaimanapun kek harijadi ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Bahagian dalamnya saya masukkan homemade chocolate ganache supaya coklat ini akan melimpah keluar sebaik sahaja kek ini dipotong. Sedikit lebih kurang macam lava cake la. Coklatnya akan meleleh macam lava gunung berapi. Saja je supaya bebudak lebih minat nak makan bila tengok banyak coklat melimpah-ruah. Saya tak pernah buat kek dengan hiasan air terjun sebelum ini. Jadi rupa airnya seolah-olah kaku tidak mengalir. Tapi ia tetap menggembirakan saya kerana apabila pertama kali anak saya melihat kek ini, dia terus menjerit "AIR!". Serta-merta tangannya mencolek air yang mengalir tu. Kira menjadi la rupa air tu dimata anak saya. Itu dah cukup menggembirakan saya.

Resepi kek coklat moist yang saya gunakan ini sama dengan resepi yang saya tulis dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 3. Ebook ini adalah percuma sama seperti ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 2, 4 dan 5 iaitu siri ebook masakan barat yang saya tulis khusus untuk individu yang berminat dalam perniagaan makanan. Resepi-resepi didalamnya semuanya mudah, cepat, jimat serta menguntungkan. Klik disini untuk mengetahui cara memilikinya.