Hari ni mood ada sikit kureng kerana malam tadi buat kek karamel kurang menjadi. Jadi saya berhasrat hanya memaparkan  kek coklat moist yang saya hias ringkas sahaja. Walaupun kek karamel saya tak menjadi, tapi saya rasa ia bukan disebabkan bahan atau resepinya melainkan kerana kesilapan saya sendiri. Pertama, karamel yang saya buat terlalu gelap kerana dimasak terlalu lama dengan api besar. Kedua, saya tak menyangka kek akan menjadi sangat besar dan tinggi sedangkan saya tiada acuan yang bersesuaian menyebabkan kek saya terlalu tinggi dan melimpah. Dan ketiga, saya tak sabar hendak mengeluarkan kek dari acuan tanpa menunggu kastardnya betul-betul sejuk. Ini menyebabkan kek karamel saya pecah.


Kini terpaksa la saya mengumpul modal lagi untuk membuat kek karamel sehingga menjadi. Dan kali ini, saya yakin, kek ini akan menjadi lebih mudah. Dalam kepala saya sekarang ni penuh dengan gambaran, bagaimana kek karamel yang akan saya buat seterusnya.


Cuba jaya (trial and error method) seperti saya memang memerlukan modal, masa dan tenaga yang besar. Kaedah pembelajaran seperti ini memerlukan kesungguhan. Tiada sesiapa yang boleh dirujuk. Hanya mencuba sendiri, belajar dari kesilapan dan terus melakukan berulang-ulang sehingga merasa puas hati dengan hasilnya.


Kalau berguru dengan seseorang memang lebih mudah. Sekurang-kurangnya ada seseorang yang memberitahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak. jadi tak de la kita melakukan kesilapan yang sama. Begitu juga dengan belajar melalui ebook. Contohnya ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat saya ni, saya hasilkan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jadi banyak tip-tip dan panduan agar kesilapan yang pernah saya lakukan dulu tidak anda ulangi. Dengan ini anda dapat berjimat lebih banyak. Untuk saya pula, mengajar memberi kepuasan kepada saya dan untuk mengajar, saya perlu melakukan kesilapan supaya boleh saya beritahu pelajar saya, perbuatan seperti ini adalah satu kesilapan.