Suatu masa dahulu, sangat susah nak mendapatkan herba barat. Pada masa itu, cuma ada herba barat dalam botol keluaran Mc Cormick je. Sebotol melebihi RM10. Kemudian keluar beberapa jenama lain menyaingi Mc Cormick seperti Master Food tapi harganya masih lagi mahal. Kemudian saya dapati harga herba barat lebih kurang RM8 sahaja sebotol. Mungkin kerana ia lebih mudah didapati dan kehadiran pelbagai jenama. Pada masa itu, saya terpaksa mendapatkan bekalan herba barat terus dari pengimportnya tetapi perlu membeli dalam skala yang besar barulah boleh dapat harga yang murah dengan kualiti premium.


Selalunya, dalam masakan barat, herba barat yang digunakan hanya sedikit sahaja. Lagipun bukan selalu sangat kita buat masakan barat. Jadi setiap kali beli sebotol, hanya beberapa camca teh sahaja yang digunakan. Selebihnya sering dibazirkan kerana sudah tamat tempoh atau tidak digunakan dalam masakan lain. Herba barat yang terdapat dipasaran bukan setakat satu atau dua jenis sahaja. Tak mungkin kita dapat beli semua jenis. Sebab itulah, herba barat yang digunakan dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial hanya menggunakan herba yang terpenting sahaja. Bagi kebanyakkan penggemar masakan barat pula, mereka lebih gemar membeli herba yang telah dicampur seperti mixed herbs, italian herbs, pizza herbs atau steak herbs. Semua dah ada dalam tu. Tak perlu fikir lagi.

Sekarang ni, herba barat dah mula dijual dalam paket-paket kecil yang jauh lebih murah. Sebungkus hanya 20g sahaja. Oleh kerana herba barat itu sudah dikeringkan, sebenarnya 20g masih lagi banyak. Kalau ada dalam paket 10g atau 5g lebih baik. Harga pun sangat berpatutan. Dalam botol pun ada juga dengan harga sekitar RM4 sahaja. Mujur ada usahawan Malaysia yang bijak dengan mengimport herba barat dalam kuantiti besar kemudian membungkus dalam paket kecil untuk dipasarkan disini. Inilah baru dikatakan usahawan yang benar-benar mengetahui kehendak pasaran Malaysia. Produk luar negara yang telahpun bertapak lama dia Malaysia juga masih lagi boleh kita import jika kita tahu apa yang penduduk Malaysia perlukan.

p/s Gambar diatas diambil di Pasaraya Tesco