Hari ini hari terakhir untuk Diskaun Ebook Resepi Masakan Barat Komersial. Saya tak rasa perlu dilanjutkan lagi memandangkan saya pun dah tak larat melayani permintaan yang dating.Cukuplah setakat hari ini sahaja. Jika masih ada yang berminat, bolehlah membuat pembayaran sebelum tengah malam ini. Jika anda menggunakan bank selain dari Maybank yang mungkin mengambil masa melebihi 1 hari untuk terpapar dalam akaun saya, juga saya terima asalkan anda emailkan maklumatnya sebelum tengah malam ini. Maklumat mengenai Diskaun 20% Ebook Resepi Masakan Barat Komersial boleh klik disini.


Sesiapa yang dah membuat pembayaran, tetapi belum download lagi ebook yang dipesan, sila berbuat demikian secepat mungkin sebelum login dan password yang diberikan, luput. Saya pun dah tak berapa pasti siapa yang belum download lagi kerana terlalu banyak email yang masuk ke mailbox saya. Perlu mengambil masa meneliti satu persatu. Kalau anda tidak menerima email maklumat untuk download, sila semak dalam folder spam atau junk mail. Jika tiada juga, anda boleh emailkan semula maklumat transaksi kepada saya. Masukkan alamat email saya dalam contact list supaya email saya tidak tersesat lagi. Bagaimanapun, saya pasti setiap pesanan telahpun saya emailkan maklumat yang diperlukan, hanya menunggu anda download ebook yang dipesan sahaja. Benda ni la yang buat saya pening. Dah bayar tapi tak download.


Gambar-gambar diatas adalah projek hujung minggu saya iaitu menyiapkan tempahan hari raya. Cuma paparkan gambar kek kukus buah-buahan dari ebook percuma Resepi Masakan Barat Komersial 4 dan popia mini udang kering. Agak-agak anda, berapa agaknya yang saya dapat dari jualan kek kukus buah-buahan diatas yang saya buat hanya dihujung minggu? Dipendekkan cerita, harga untuk ebook masakan barat tu sebenarnya sangat murah dibandingkan dengan apa yang saya dapat dari jualan kek. Jual satu biji kek buah sahaja, anda dah dapat semula modal yang anda keluarkan untuk seluruh koleksi ebook masakan barat.

Maaflah sebab saya tak dapat buka tempahan kek dan kuih raya kepada semua. Kalau saya rahsiakan semua resepi saya dan gunakan untuk menjual kek dan kuih-muih, saya akan dapat duit beribu kali lebih banyak tapi saya lebih rela kongsikan dengan sesiapa sahaja yang berminat kerana saya tahu, permintaan kek dan kuih-muih memang tak putus dan pasti ada rezeki untuk semua orang. Saya tak risau pun jika anda berniaga produk yang sama dengan saya, pelanggan saya akan berkurangan.

p/s: Hari ni nak buat kelas menganyam ketupat percuma. Harap boleh la menjadi tanggungjawab sosial saya untuk tradisi dan budaya negara kita.