Hari pertama sesuatu peristiwa yang berlaku dalam diri kita tentu indah kalau dikenang. Apa lagi jika hari pertama itu adalah permulaan kepada kejayaan kita. Jika pada hari ini, anda telahpun menjadi seorang usahawan berjaya, hari pertama menjadi topik permulaan untuk anda ceritakan segala pengalaman kepada anak cucu.


Hari pertama mengandungi berbagai kisah suka duka, lucu, memalukan dan sebagainya. Usahawan berjaya contohnya pasti mengalami berbagai masalah pada hari pertama memulakan perniagaan.Ada peralatan yang tak mencukupi. Ada juga tertinggal keperluan penting dirumah. Perasaan pula bercampur-aduk, gembira, takut dan usahawan melayu selalunya malu untuk berniaga. Apatah lagi bila perniagaan yang dimulakan berskala kecil. Lepak pula di simpang jalan. Nak laungkan produk yang di jaja pun hampir tak keluar bunyinya. Namun semua itu hanya sementara. Bila kejayaan mula menghampiri, kita dengan bangganya bercerita segala apa yang telah kita lalui.


Gambar-gambar dalam entri ini adalah gambar anak saya bersama kawan-kawan barunya memulakan hari pertama persekolahan tahun 1 2013. Pagi di Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 dan petang di Sekolah Agama Perling 2. Memang tak sabar-sabar dia nak ke sekolah. Segalanya berjalan dengan baik dan sangat menggembirakan. Pulang sekolah kebangsaan, terus bersiap-siap untuk ke sekolah agama dengan penuh semangat. Tak ada rasa penat sedikitpun. Becok mulutnya bercerita pengalaman hari pertama bersekolah. Nama kawan-kawan baru, aktiviti disekolah dan sebagainya semua habis diceritakan. Moga dia terus maju jaya dalam hidupnya dunia dan akhirat.