Memang betul, tuah ayam nampak dikaki. Saya pun tak sangka akan rasa segembira ini. Tiada siapa yang tak gembira jika berada ditempat saya. Saya harap dapat berkongsi kegembiraan dengan anda semua. Anda pernah baca entri saya mengenai bagaimana memilih pusat membeli belah untuk berbelanja yang saya paparkan suatu ketika dahulu? Saya gariskan 3 kriteria yang perlu saya fikirkan sebelum berbelanja. Didalam entri itu juga, saya pernah bercerita mengenai suami saya yang memenangi sebuah motorsikal  dalam cabutan bertuah di kipmart yang sentiasa menjadi pilihan saya untuk membeli belah. Inilah kriteria keempat yang akan saya difikirkan sebelum memilih pusat membeli-belah.

Hidup dibandar, saya rasa harga barangan keperluan disemua pusat membeli-belah adalah lebih kurang sama. Memang ada yang meletakkan harga murah sesuatu barangan, tetapi barangan keperluan lain mungkin sedikit tinggi. Maksud saya, tiada pusat membeli-belah yang meletakkan harga yang murah untuk semua barangan mereka. Oleh itu, saya akan mengambil kira faktor yang keempat iaitu perkhidmatan yang diberikan untuk pelanggan-pelanggan setia mereka. Perkhidmatan ini termasuklah layanan mereka, program-program percuma, perkhidmatan selepas jualan dan sebagainya yang semuanya haruslah cemerlang.

Perkara kedua yang amat menggembirakan saya hari ini adalah, saya dapat bertemu dengan Hail Amir dan Uji Rashid. Pasangan duet lagenda pilihan saya ini masih mengekalkan kualiti persembahan yang mantap seperti dahulu. Suami saya la yang paling bertuah kerana dapat beramah mesra  menyanyi bersama dan berkali-kali naik ke pentas. Memang penat membeli-belah untuk mendapatkan barangan keperluan yang berkualiti dan berbaloi dengan nilai wang kita. Bagaimanapun penat akan terubat jika dapat sekali-sekala berhibur dan bertemu dengan orang yang kita minati. Sudah tentu kita akan mengunjungi pusat membeli-belah ini lagi dengan harapan dapat bertemu artis yang lain pula.

Bukan itu sahaja, pusat membeli-belah pilihan saya juga membuat cabutan bertuah sepanjang tahun. Bukankah suatu yang menggembirakan jika dapat menyertai cabutan bertuah seperti ini? Walaupun perlu berbelanja untuk menyertainya tetapi semua yang dibelanjakan adalah barang keperluan dimana saya terpaksa juga membelinya walaupun tidak mahu menyertai apa-apa pertandingan.

Anda juga mungkin pernah membaca entri saya mengenai kereta saya yang gerannya masih diatas nama saya tetapi sahabat saya telah menjualnya berkali-kali kepada orang lain. Sampai sekarang perkara ini masih belum selesai. Tadi saya baru membuat urusan dengan JPJ meminta agar kereta itu disenaraihitamkan sehingga nama pemilik ditukar kepada orang lain. Memang saya rugi besar kerana menolong kawan yang tak mengenang budi. Saya juga dah katakan, saya tak mahu kereta tu lagi, saya tak minta apa-apa bayaran, hanya tukarkan sahaja nama pemilik kereta itu. Tapi Allah maha besar. Dia tukarkan kereta buruk saya itu dengan sebuah kereta baru. Senang cerita, suami saya baru memenangi sebuah kereta baru dalam cabutan bertuah dipusat membeli-belah pilihan saya iaitu Kipmart. Dalam beratus-ratus ribu borang penyertaan, suami saya terpillih menjadi 12 pemenang teratas. Dan dalam 12 pemenang teratas, suami saya menjadi pemenang utama. Rasa nak pecah jantung ni kerana terlalu berdebar-debar. Alhamdulillah. Inilah perkara pertama yang menggembirakan saya.

P/s : Cuti sekolah dah dekat. Kemana patut saya merayap dengan kereta baru saya tu?