Kebelakangan ini saya perhatikan harga barangan dapur semakin hari semakin meningkat. Harga ikan kembung yang dulunya hanya sekitar RM4 kini melonjak sehingga RM11. Mungkin ada juga yang sedikit murah hanya kerana ikannya lebih kecil ataupun telah pecah perut.

Semasa Deepavali dahulu berita akhbar dan televisyen mengumumkan harga telur turun kerana kekurangan permintaan. turunpun sedikit sahaja kira-kira RM6 sepapan. Walaubagaimanapun sehari dua kemudian naik semula sedikit demi sedikit. Tak ada pun berita meluas dalam televisyen atau akhbar. Ini menyebabkan kita sendiri tidak perasan akan kenaikan ini. Maklumlah turun sekali keluar berita, naik berkali-kali senyap je. Ini lah trend harga barang masakini. Turun naik macam pasaran saham sampaikan setiap kali hendak membeli ayam, saya terpaksa bertanya dahulu harga terkini. Kalau tak tanya dulu dah tentu peniaga terus letak harga syiling je.

Dahulu saya membuat chicken chop, saya menggunakan seekor ayam yang dipotong 4, Dulu boleh la buat macam tu sebab harga ayam masih dibawah RM4.50 sekilo. Kalau sekarang nak buat macam tu lagi tentulah saya tak sanggup. Cuba anda kira, seekor ayam seberat sekitar 2.2kg berharga RM14. Kalau di bahagi 4, satu bahagian ayam berharga RM3.50. Itu baru harga ayam sahaja. Tak termasuk harga bahan-bahan mentah lain untuk membuat chicken chop. Setelah dibuang tulang tinggallah rangkanya yang terlalu banyak untuk untuk digunakan dan selalu dibazirkan.

Mujurlah terdapat satu kaedah yang lebih murah tanpa pembaziran. Untuk membuat chicken chop saya tidak memerlukan hati, mempedal, jantung dan rangka ayam jadi buat apa saya membayar untuk bahagian-bahagian ayam yang tidak diperlukan. Walaupun pada awalnya saya rasa harganya lebih tinggi tetapi setelah di kira dengan lebih teliti saya dapati saya dapat menjimatkan kira-kira RM 1.50 untuk satu bahagian ayam! Kerja-kerja untuk membuang tulang ayam menjadi lebih senang. Bagi para peniaga, penjimatan sebanyak itu sangat penting untuk kejayaan perniagaannya.

Kaedah menjimatkan ini semuanya ada saya terangkan dalam Panduan dan Resepi Masakan Barat. Itulah sebabnya resepi ini dikategorikan sebagai resepi komersial kerana ia amat menguntungkan jika hidangan ini dijual di gerai atau restoran milik anda sendiri. Bagi suri rumah pula, tidakkah anda mahu berjimat? Manakah yang akan anda pilih, Membayar RM20 untuk sepinggan chicken chop di restoran atau hanya membelanjakan RM5 sahaja untuk kos memasak sendiri? Anda juga tentu terpaksa mengeluarkan wang tambahan untuk minuman di restoran. Lebih malang lagi bila sampai dirumah, perut dah lapar semula akhirnya terpaksa masak nasi. Bagaimana pula dengan keluarga anda yang lain? Mereka juga mahu makan chicken chop seperti anda. Kiralah sendiri belanjanya jika anda ingin menikmatinya di restoran.