Gulai Ayam Rendah Lemak Tanpa Kolesterol
Posted by Norasikin Basri on Wednesday, February 9, 2011
Under: Sembang-sembang dan tip masakan
1/2 ekor ayam
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
3 bj cili padi merah
1/2 inci halia sebesar ibu jari
3 btg serai
1 cmb ketumbar
1 cmt jintan manis
1 cmt jintan putih
2 kuntum bunga cengkih
2 bj buah pelaga
1/2 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 cmt serbuk kunyit
1/2 cwn susu cair
1 cwn air
1/2 cawan minyak masak
1 cmt garam
1 cmt gula
Cara membuat Gulai Ayam Rendah Lemak Tanpa Kolesterol
- Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong.
- Serai, bawang putih, bawang besar, halia, cili padi, ketumbar, jintan manis dan jintan putih dikisar sehingga halus.
- Panaskan minyak masak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga wangi.
- Masukkan bahan yang dikisar bersama serbuk kunyit dan kacau sehingga garing.
- Masukkan ayam, kacau dan biarkan ayam mengecut sedikit.
- Masukkan susu, air, garam dan gula. kacau lagi dan biarkan sehingga terbit minyak.
- Gulai ayam sedia dihidangkan bersama nasi.
Tip Masakan Berguna
- Ditempat saya, 200g santan pekat berharga RM1.50 sedangkan susu cair berharga RM2.15 setin. Susu cair, saya boleh gunakan dalam masakan 4 kali sedangkan santan saya hanya boleh masak 2 kali sahaja. Santan kotak tanpa kolestrol pula berharga RM2.00 sekotak. Agak-agak yang mana lebih menjimatkan dan lebih menyihatkan?
- Diatas tadi saya ada katakan, untuk menjadikan masakan kita seolah-olah menggunakan santan perlu kena cara dan tekniknya tapi resepi diatas macam biasa je. Kat mana terletak rahsianya? Anda perasan yang mana satu?
In : Sembang-sembang dan tip masakan
Tags: gulai ayam resepi makanan menyihatkan diet hidangan kurang kolesterol rendah lemak
blog comments powered by Disqus



