Kalau kita perhatikan hidangan-hidangan masakan barat yang disajikan di hotel-hotel kita dapati kebanyakkannya mempunyai saiz yang kecil. Semuanya ciput-ciput. Pinggan je yang besar. Namun begitu, hidangan ini sebenarnya mengandungi kalori yang cukup untuk keperluan badan. Masalahnya perut kita pulak yang tak kenyang. Dah biasa makan karbohodrat yang mengenyangkan, bila makan masakan barat, rasa macam terselit celah gigi je. Begitu juga dengan resepi kali ini iaitu Grilled Teriyaki Tuna Steak with Grilled Pineapple and Green Onion. Kalau dalam bahasa melayunya, tak sedap sangat bunyinya.

15 cara yang saya selalu gunakan untuk dapatkan apa yang saya suka seperti aiskrim, masa kecik-kecik dulu. Jangan bohong la kalau anda tak buat.

Kadang-kadang saya rimas juga nak menyediakan masakan barat cara hotel ni. Walaupun penyediaannya mudah tapi rasa macam tak berbaloi. Nak menjaga sekeping ikan atau daging diatas kuali. Nak masak tiga empat sudu sos didalam periuk. Semuanya kebanyakkannya dibuat berasingan dalam kuantiti kecil. lepas tu nak hidangkan serentak dalam suhu yang betul. Jadi timing semuanya kena betul. Kalau buat sekaligus banyak, baru puas hati tapi siapa pulak nak membayarnya. Kalau dalam ebook Masakan Barat Komersial, saya ah susunkan supaya ia lebih teratur. Banyak yang boleh disediakan terlebih dahulu sebelum menerima pesanan. Apabila pesanan datang, sekejap sahaja chicken chop, beef steak, lamb chop atau fish & chip tersedia dalam keadaan panas, lengkap bersama aksessori.



Bahan-bahan untuk Grilled Teriyaki Tuna Steak with Grilled Pineapple and Green Onion
1 biji lemon
1/2 cwn teriyaki sauce
4 keping Potongan Nenas Nipis
1/4 cwn Jus Nenas
1 hiris Halia
1 ulas Bawang Putih
5 pokok Daun Bawang
4 keping Tuna Steak
Sedikit Garam dan  Lada Hitam



Cara membuat Grilled Teriyaki Tuna Steak with Grilled Pineapple and Green Onion
  1. Cincang halia, bawang putih, dan 1 pokok daun bawang hingga halus menggunakan pisau.
  2. Campurkan bahan cincang bersama sos teriyaki, jus nenas, dan jus lemon. Gaul rata.
  3. Perapkan ikan tuna kedalam bahan campuran tadi selama 30 minit.
  4. Setelah diperap, keluarkan ikan tuna  dan bahan perapan tadi dimasak dalam periuk atau kuali hingga pekat.
  5. Grill ikan tuna kedua-dua belah di atas pemanggang dengan api sederhana. Boleh gunakan griller atau kuali leper.
  6. Grillkan juga kepingan nenas hingga keperangan kedua-dua belah.
  7. Akhir sekali, grillkan daun bawang sebentar sahaja.
  8. Sebelum ikan tuna diangkat, sapukan sos perapan terlebih dahulu.
  9. Hidangkan panas-panas tuna, kepingan nenas daun bawang bersama-sama dalam I pinggan makan.



Tip Masakan Komersial.
  1. Bau lemon akan lebih menyengat jika ia di grill terlebih dahulu. Oleh itu, potong buah lemon kepada 2 bahagian. Grillkan bahagian yang dipotong hingga menjadi keperangan. Dengan cara ini, bau dari kulit lemon juga akan menyerap kedalam jusnya.
  2. Apabila sesuatu bahan itu perlu dicincang, adalah lebih sesuai menggunakan pisau.  Cincang menggunakan pisau tidak mengeluarkan jusnya. Jika menggunakan blender susah tentu bahan perapan menjadi hijau dengan kehadiran daun bawang. Menggunakan food processor juga sesuai tapi ia juga berkemungkinan menyebabkan bahan perapan menjadi hijau, jadi kisar sekejap sahaja. Jika kuantitinya sedikit, lebih baik menggunakan pisau.
  3. Daripada bunyinya, sos teriyaki tentu berasal dari Jepun. Teriyaki bermaksud masakan grill yang berkilat kerana sos teriyaki mengandungi gula yang menyebabkan berkilat dan ia di grill diatas kuali leper. Pada asalnya sos teriyaki adalah cair seperti air dengan warna perang jernih. Namun sekarang ada banyak jenama sos teriyaki dan ada juga sos teriyaki yang lebih pekat seperti sos cili. Namun begitu, sos teriyaki tetap sahaja mengandungi kicap, gula dan cuka. Jadi resepi kali ini masakan barat atau jepun?
  4. Sos teriyaki juga sesuai untuk masakan barat kerana rasa dan baunya yang lembut. Boleh juga digantikan dengan sos worchestershire untuk rasa dan bau lebih kebaratan.
  5. Saya mencadangkan anda menggunakan nenas segar memandangkan negara kita banyak menanam nenas. Bagaimanapun, nenas dalam tin juga sesuai digunakan tetapi rasanya sangat manis. Kalau boleh gunakan nenas dalam tin yang kurang manis atau tak manis langsung. Jus nenas juga boleh digantikan dengan air gula dari nenas didalam tin tadi. Air ini sesuai kerana bagi saya, sos teriyaki ini sedap jika sedikit manis. Jadi anda perlu seimbangkan rasa gula dan masam bergantung kepada kemanisan jus nenas dan lemon.
  6. Garam dan lada hitam  digunakan sewaktu menggrill. Saja saya tak masukkan dalam cara membuat kerana dalam masakan barat biasanya dah tersedia garam dan lada hitam di atas meja makan.
  7. Ikan tuna sangat sesuai dijadikan steak kerana saiznya yang besar. Potong tuna setebal 1 inci dengan setiap kepingan seberat diantara 150g hingga 200g. Boleh juga menggunakan ikan-ikan lain seperti kod, salmon. Kalau dinegara kita ikan besar yang popular adalah ikan tenggiri.
  8. Ikan mudah pecah sewaktu dimasak. Jadi gunakan alat yang sesuai seperti satula atau scrapper untuk terbalikkannya. Kalau boleh hanya terbalikkannya sekali sahaja oleh itu kita perlu tahu berapa lama diperlukan untuk ikan masak. Untuk api sederhana, dengan menggunakan saiz tuna seperti yang saya nyatakan tadi, kita memerlukan 7 minit untuk masak medium rare. Bermakna setiap bahagian perlu di grill 3 ½ minit. Untuk rare pula, memerlukan masa hanya 5 minit.
  9. Bila dah tahu tempoh memasak, disinilah ketepatan masa iaitu timing diperlukan. Mula-mula ikan tuna digrill dan sos perapan di masak. Setelah 3 ½ minit, ikan tuna diterbalikkan dan kepingan nenas pula diletakkan diatas grill. Ada minit ke 5, kepingan nenas diterbalikkan pula. Sos dikacau. Pada minit ke 6 ½ Sos disapukan pada ikan. Daun bawang pula digrill dan sentiasa jaga dan diterbalikkan. Pada minit ke 7 semuanya diangkat dan dihidangkan.
  10. Memang kebiasaannya, ikan dan makanan laut dihidangkan bersama sos yang masam dalam masakan barat. Saya pula lebih sukakan sos yang masam dan manis. Saya tak masukkan gula dalam bahan-bahan untuk membuat Grilled Teriyaki Tuna Steak with Grilled Pineapple and Green Onion. Anda boleh tambahkan sendiri mengikut selera anda. Jika dan menggunakan air gula dari nenas dalam tin, tak perlu tambah gula lagi supaya senyuman kita bertambah manis.