Rasa macam syok pulak makan bahagian rusuk grill. Kalau dulu saya buat style barbeku masakan barat. Sekarang saya nak cuba pulak menggunakan resepi cina. Dah lama saya menggunakan resepi ini untuk masakan cina seperti nasi ayam, itik, daging tapi belum pernah dengan Lamb Spare Ribs. Rupa-rupanya resepi gril cara cina ni memang sangat berguna. Setakat ni, segala yang saya panggang atau goreng termasuk sayur-sayuran, menghasilkan hidangan yang sangat enak sekali. Jadi saya rasa, semua surirumah patut tahu resepi ini supaya apa sahaja lauk yang suami campakkan depan mata, dengan selambanya kita masak masak untuk dia.




Bahan-bahan untuk Grilled Spare Ribs Chinese Style
½ ekor Tulang Rusuk Kambing
½ bj Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
2 cmb Sos Tiram
2 cmb Kicap Lemak Manis
2 cmb Sos Cili
½ cmb Minyak Masak
2 cmb Gula
1 cmt Garam
1 cmb Madu
½ cmt Serbuk Lada Hitam
1 cmt Jus Lemon @ Cuka



Cara membuat Grilled Spare ribs Chinese Style
  1. Bersihkan tulang rusuk, buang tulang belakangnya dan trim untuk buang lemaknya. Tuskan.
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia sampai lumat.
  3. Campurkan bahan tumbuk dan semua bahan yang lain dan gaul sebati.
  4. Perapkan tulang rusuk dengan bahan-bahan campuran tadi selama sekurang-kurangnya ½ jam.
  5. Panaskan oven 200°C dengan turbo fan.
  6. Letakkan tulang rusuk diatas pemanggang dan panggang dalam oven selama 40 minit hingga 1 jam sehingga masak.
  7. Sekali-sekala sewaktu memasak, sapukan lebihan bahan perapan tadi diatas tulang rusuk supaya salutannya menjadi tebal.
  8. Potong sedikit daging yang paling tebal untuk memastikan bahagian dalamnya cukup masak dan hidangkan panas-panas.



Tips Masakan Komersial
  1. Resepi diatas sangat sesuai hidangan protin seperti ayam, daging, dan sebaginya. Anda juga boleh menggunakan untuk segala hidangan yang sesuai dipanggang seperti karangan laut, dan sayur-sayuran. Untuk bahan yang masak dengan cepat, anda perlu memanaskan bahan perap diatas api untuk menjadikan ia lebih pekat dan senang disapu.
  2. Bagi yang tiada oven, atau pemanggang, anda boleh terus memasak hidangan ini didalam kuali tetapi ia perlu dipotong lebih kecil. Ini sesuai untuk ayam atau daging. Bagaimanapun, kaedah ini menyebabkan air daging atau ayam keluar dengan banyaknya. Hasilnya sos menjadi cair dan isi ayam/daging menjadi kering. Adalah lebih baik untuk anda masak bahan perapan dahulu sehingga pekat dan baru dimasukkan daging/ayam.
  3. Madu menjadikan masakan ini berkilat dan sosnya akan menyaluti sengan tebal pada permukaan. Di restoran cina, mereka membakar dan mencelup semula kedalam sos berkali-kali untuk mendapatkan permukaan yang tebal dan berkilat ini.

p/s Sebenarnya banyak benda nak diceritakan tapi ntah la. Blur pulak hari ni.