Hampir terlupa pula saya pada gambar kek hantaran perkahwinan adik yang masih saya simpan. Gambar kecilnya saya pernah paparkan pada entri Gambar Gubahan Hantaran Perkahwinan Adik beberapa minggu lepas. Rasa sayang pulak kalau tak dimasukkan dalam blog ini. Mana la tau suatu hari nanti berguna untuk saya atau mungkin juga untuk pembaca blog ini nanti.


Gambar diatas sekali adalah kek asal sebelum di tambahkan bunga dan dimasukkan kedalam kotak. Saya menggunakan kek coklat moist dan dibaluti fondant berwarna putih sahaja. Sangat simple. Pada saya bentuk hati dah cukup menarik hati saya. teringin juga nak letak macam-macam atas kek tapi setiap kali berbuat demikian saya rasakan kek saya terlalu berserabut. Macam hutan belantara pun ada. Kini saya hanya ingin buat kek yang ringkas sahaja. Simpan idea yang muncul untuk kek yang akan datang.


Bila dah dimasukkan dalam kotak, tak de la buruk sangat. Macam mana agaknya rupa kek ni kalau saya letakkan macam-macam aksesori lagi. Ditambah dengan kotaknya rambu-ramba. Itupun saya tak letakkan bunga pada kotak. Cuma kotaknya macam terlalu besar je gara-gara kotak saiz 11 inci tak ada dijual. Saya pun pelik. Saiz lain dari kecik sampai la sebesar-besarnya semuanya ada tapi saiz 11 boleh tak ada pulak. Mulanya saya ingat kedai tu kehabisan stok. Kemudian barulah saya tau, kedai tu memang tak pernah menjual kotak saiz tu. Kotak sample pun memang tak ada. Kilang memang tak keluarkan ke? Musykil betul saya. Lepas ni saya akan lebih berhati-hati. Pastikan semua bahan ada baru buat keknya.