Saya tahu, ramai pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial yang tiba ke sini untuk mencari gambar-gambar gubahan hantaran perkahwinan dan pertunangan. Berdasarkan stastik entri Gubahan Hantaran Pertunangan Adik Tersayang, memang amat membanggakan sehinggakan bakal ibu mertua adik saya pun turut singgah malah terkejut bila gambar pertunangan anaknya terpapar dalam blog ini. Kini mereka telah selamat diijabkabulkan. Jadi saya menjangkakan akan lebih ramai pengunjung yang menemui blog ini untuk mencari gambar-gambar gubahan hantaran perkahwinan dan sudah pasti kebanyakkannya bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Dan kesempatan ini, saya akan gunakan untuk memberi sedikit nasihat buat bakal pengantin dan ahli keluarga yang akan menyertai rombongan peminangan atau pernikahan mengenai keselamatan jalan raya.


Untuk rombongan dekat, sudah pasti ini bukan satu masalah besar. Jalan kakipun boleh. Lambat-lambat sikit pun boleh. Tapi bagi rombongan jauh seperti adik saya ni, keselamatan jalan raya perlu diberi perhatian serius. Apa salahnya pergi awal dari yang sepatutnya. Mulakan dengan doa dan perlu bertenang. Apa perlunya tergopoh-gapah. Nak menikah memang ada perasaan panik juga gelabah. Tak ada salahnya terlewat sedikit. Kadi pasti memahami dan sanggup menunggu. Jika kadi perlu menikahkan pasangan lain selepas itu, pasangan itu juga sanggup menunggu kadi sampai. Kalau tidak, tak kawin la.


Undang-undang dibuat untuk dipatuhi. Tak ada alasan untuk memandu laju atau melanggar peraturan. Atas alasan apapun, nikah tetap keselamatan tetap nombor 1. Bukan sekali dua saya menghantar pengantin. Semuanya mengelabah terutamanya bila waktu yang dijanjikan hampir tiba sedangkan perjalanan masih jauh. Kasihan la pada anak-anak yang masih kecil yang mengikuti rombongan. Mereka masih nak hidup lama dan nak merasa menikah juga macam anda. Kasihan juga kepada isteri atau suami mereka yang menyertai rombongan. Anda belum menikah jadi tak rasa lagi tanggungjawab itu. Cuba jika suami atau isteri anda yang berada dalam kenderaan anda. Adakah anda sanggup mempertaruhkan nyawa mereka?


Rata-rata yang mengikuti rombongan perkahwinan anda adalah saudara-mara anda sendiri. Kalau diminta untuk memilih sama-ada saudara-mara anda atau pernikahan anda, sudah pasti anda akan memilih pernikahan. Jadi, saudara-mara anda juga sudah pasti memilih keselamatan ahli keluarga sendiri berbanding pernikahan anda. Senang cerita, ahli rombongan rela anda tak jadi kahwin berbanding melihat anak isteri mereka terlantar di hospital.


Andaikata berlaku kemalangan pada salah sebuah kenderaan yang menyertai rombongan pernikahan anda, adakah anda akan meneruskan persandingan atau memilih untuk melawat mangsa kemalangan di hospital? Saya yakin 99%, jika yang kemalangan itu bukan anda, anda tetap akan menikah. Selepas menikah belum tentu anda akan melawat ke hospital. Mungkin dengan gembiranya bersanding di pelamin dulu. Lawatan ke hospital, esok-esok pun boleh!

Ada lagi gambar-gambar hantaran lain dalam Gambar Gubahan Hantaran Perkahwinan Adik 3