Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan adik lelaki saya. Memang penat dan seluruh badan sakit-sakit. Majlis yang dilakukan secara gotong-royong memang begini. Semuanya perlu dilakukan sendiri. Daripada menyembelih 2 ekor lembu, menyediakan hidangan termasuk hidangan pengantin, gubahan hantaran, goodies, pelamin dan lain-lain semuanya dilakukan bersama seisi kampung.


Sayapun baru je tiba ke bandar semula dan kepenatan masih sangat terasa, jadi saya tak mahu menulis banyak. Mungkin lain kali saya upload gambar gubahan hantaran perkahwinan yang lebih jelas satu-persatu. Sekarang ni bolehlah belek dulu apa yang ada.


Gubahan hantaran ini semuanya dari pihak lelaki. Sengaja diletakkan didalam kotak agar mudah dibawa ke Kuala Lumpur. hari sabtu lalu, saya juga turut serta rombongan ke Kuala Lumpur. Kemudian keesokkannya majlis di kampung saya pula. faham-faham sendiri la berapa penatnya saya sekarang ni. Mintak diri dulu. Lain kali sambung lagi. Entri lepat pulut pun masih hutang lagi..