Ramai rakan-rakan maya saya mengetahui saya menulis ebook resepi-resepi komersial yang kebanyakkannya diberikan percuma. Tapi tak ramai yang tahu, saya sebenarnya dalam diam ada juga menjual berbagai jenis kek dan juga cupcake. Setakat ini saya belum pernah offer untuk menjual kek dan cupcake kepada orang luar dan secara online. Jadi hanya rakan-rakan terdekat dan warga di tempat kerja sahaja yang sering membelinya. Asalnya berat hati juga untuk menjual kerana saya memang sibuk dengan kerja seharian. Saya juga perlu melakukan berbagai percubaan dan ujian untuk mendapatkan resepi-resepi baru yang menepati ciri-ciri resepi komersial.


Walaubagaimanapun, kalau dah dipujuk-pujuk, kena la jugak buat. Mereka kebanyakkannya kurang percaya dengan kek-kek yang dijual dipasaran terutama dari segi kandungan bahan-bahannya. Dan mereka lebih percaya kepada saya kerana mereka mengenali saya. Biasanya, harganyapun hanya harga kawan-kawan jugak. Kalau saya beritahu, tentu anda pun tak akan percaya. jauh sangat bezanya dengan harga kek dipasaran. Anda pun nak beli dengan harga macam tu jugak? Boleh! Jadi kawan saya selama 10 tahun dulu. Heheheh

 


Sekarang ni rasanya semakin kerap pulak saya menjual kek dan cupcake. Padahal kawan-kawan saya bukannya ramai sangat. Rakan sekerja pun tak ramai. Pelanggan saya kebanyakkannya orang yang sama. Alang-alang mandi biarlah bersabun dan bersyampu. Jadi saya ingat nak lebih serius menjual kek. Memang benar saya memberikan resepi kek percuma dalam blog ini tapi pada pendapat saya, tidak semua orang rajin nak membuat kek. Ada juga yang langsung tak berminat dan yang paling ramai, mereka menganggap membeli lebih mudah. Sebut je terus dapat makan. Tak perlu berpeluh. Tak perlu bersusah payah. Jika bukan kerana ini, kenapa masih ada lagi orang yang tak reti masak nasi?


Bagi diri saya pula, boleh la saya menyimpan untuk telefon baru. Telefon yang ada sekarang nipun dah mula meragam. Baru call sikit, bateri dah kosong. Kadang-kadang letak atas meja pun telefon boleh restart sendiri. Sekarang ni pulak, Celcom sedang memberi ganjaran pada pelanggan setianya. Boleh dapat call dan sms percuma selama seminggu. Boleh la saya bercakap sampai menanah telinga. Kalau nasib baik boleh menang RM8,888. Nak tak nak, telefon kena reload juga. Kalau diberi hadiah percuma, siapa yg tak nak.. Tengok la banner kat atas tu.

 


Gambar-gambar diatas adalah kek-kek yang saya hasilkan, tempahan dari kawan-kawan. Gambar pertama dan kedua adalah cupcake coklat dengan buttercream dan hiasan dari jelly. Kek ini biasa je. Tempahan untuk harijadi anak kawan saya. Gambar ketiga juga adalah kek coklat yang lebih kecil yang dipanggil mini cupcake. Boleh dihidangkan untuk majlis kanak-kanak yang ramai. Kek kecil lebih menjimatkan. Gambar keempat adalah kek coklat kukus mini yang juga dihasilkan dari ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 3 dengan sedikit pengubahsuaian. Kek seperti ini boleh digunakan sebagai pengganti telur dalam majlis perkahwinan yang sekarang ni banyak menggunakan jelly dan gula-gula. Bagi kek lebih berkhasiat. Gambar kelima dan keenam, masih lagi kek coklat kecil dengan resepi yang sama tetapi dimasukkan kedalam bekas plastik dan dicurahkan sos coklat atau ganache yang lazat. Kek ini yang menjadi kegemaran ramai kerana sos coklatnya sangat istimewa terutama apabila sosnya telah meresap kedalam kek. Kalau disejukkan, dah macam makan aiskrim. Kek dalam bekas seperti ini saya jual untuk dijadikan doorgift dan beratnya lebih kurang 50g. Kek yang terakhir dibawah ini pula adalah kek buah-buahan juga dari ebook saya juga. Kek ini kaya dengan buah-buahan dan saya buat menggunakan mentega tulen jenama churn. (Cuba check harga butter churn dan bandingkan dengan butter biasa.) Memang cantik kalau dihias dengan reben kecil pada penutupnya. Beratnya juga 50g.


Bagaimana agaknya pandangan sahabat semua dengan rancangan saya ini?