Ahad lepas, dalam kepenatan balik dari kampung, saya sempat singgah ke Sutera Mall. Saya pun dah lupa apabende nak cari. Kemudian terserempak pula dengan The Legacy of Food and Culture Exhibition atau terjemahannya Warisan Makanan dan Budaya. Program ini berlangsung dari 12 Jun hingga 11 Julai 2010. Oleh kerana kedatangan saya tak dirancang maka tak dapat la menyaksikan acara-acara menarik yang disediakan. Banyak sungguh aktiviti yang disediakan dan kebanyakkannya pada hujung minggu.

Sewaktu saya sampai, jam dah pun menunjukkan pukul 9 malam. Para penari tarian singa pun dah berkumpul kat tempat parking kereta nak balik. Jadi saya hanya dapat meninjau-ninjau pameran yang disediakan di ruang legar sahaja.

Diantara yang dipamerkan, replika-replika makanan rakyat Malaysia, replika penjaja setiap bangsa di Malaysia suatu ketika.dahulu dan gambar-gambar, resepi dan sejarah makanan. Dapat la snap beberapa keping gambar. Harap-harap dapat la saya gunakan untuk pengajaran nanti.


Kebetulan Cik Suri Jejari Pantas ada meminta saya kongsikan resepi sate dalam blog saya jadi ada baiknya saya letakkan gambar-berkaitan. Moga Cik Suri boleh mencubanya. Jejari pantasnya pasti banyak membantu mencucuk sate.

Resepi sate yang dipamerkan seperti gambar diatas, belum pernah saya cuba. Jangankan cuba, nak mengkajinyapun tak sempat. Biasanya saya buat sate, main bubuh je apa-apa yang ada di dapur. Tak kuasa la nak terkial-kial menggali lengkuas di hadapan rumah. Siapa yang nak cuba, boleh la cuba. Lepas tu bagitau saya macam mana rasanya.

Ahza mcm biasa la. Tak boleh tengok nasi lemak. Dengar pun tak boleh. Jadi bila nampak gambar nasi lemak yang menyelerakan, terus terhegeh-hegeh nak bergambar. Layankan je. Belek jugak resepi nasi lemak, Baru baca sikit terus tak berminat sebab resepi tu tulis, beras sama banyak dengan air santan. Sungguh tak masuk akal! Tak serius langsung buat program macam ni. Banyak lagi masa kalau nak jenguk-jenguk kat pameran ni. Saya teringin sungguh nak tengok demo dari chef masakan akrobatik. Ntah mcm mana agaknya aksi yang ditunjukkan. Mungkin dengan teknik jejari pantas dapat la buat periuk belanga terbang-terbang berpusing.