Entri ini bukan mengenai saya dirompak dengan kejamnya tetapi mengenai entri saya yang dirompak. Kalau dulu ebook Masakan Barat Komersial saya diedarkan sewenang-wenangnya kini lain pula ceritanya. Saya tau memang ramai diluar sana, blogger yang tak berbakat langsung dalam penulisan tetapi sangat berbakat dalam mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. Bukan susah sangat jadi blogger copy paste ni. Google je keyword yang dikehendaki. Lepas tu copy paste je segala artikel yang teratas dan dikumpulkan dalam blog sendiri. Lepas tu pandai pulak tak mau artikel yang sampah. Pilih yang baik je....


Saya tak kisah sangat kalau ada blogger yang nak gunakan artikel dan idea saya. Memang saya suka kalau ilmu yang saya kongsikan anda ambil kemudian dikongsikan dengan yang lain. Semakin jauh la ilmu itu sapat disampaikan. Tetapi perkongsian begini ada etikanya. Perlu la ada give and take. Bantu membantu sesama blogger. Ucapan terima kasih yang ikhlas. Jangan pulak main kebas je macam penyangak. Copy bulat-bulat lepas tu buat macam mak bapak dia punya. Tak de terima kasih, tak de penghargaan. Backlink pun tak de. Memang kedekut pahit. Bukan kena bayar pun!


Memang ramai yang telah kongsikan resepi-resepi dalam blog ini ke dalam blog sendiri. Tapi tak de la macam yang satu ni. Setiap patah perkataan dirompak. Tak dapat saya bayangkan. Nak buat satu ayat pun tak reti agaknya. Cubaan mengubah suai resepi pun hancus. Ntah apa yang dimaksudkan dengan gula tebu tu agaknya. Kepada yang lain, sebarkanlah segala ilmu yang ada dalam blog ini seluas-luasnya. Gunakan resepi-resepi yang ada sebaik-baiknya. Tapi biar betul caranya. Tuliskan melalui pengalaman sendiri sewaktu mencuba resepi diblog saya. Keluarkan idea-idea anda untuk menambahbaikkan resepi itu. Ceritakan keburukkan dan kebaikkannya. Dan jangan lupa sedikit penghargaan untuk blog saya.

Maaflah kalau kasar sikit kali ni. Tengah hangin ni. Raya ada lagi. Maaf zahir batin la ye. Tolong bagi idea, apa saya nak buat dengan blog ni ye?