Edible Image Cup Cakes
Posted by Norasikin Basri on Monday, January 24, 2011
Under: Sembang-sembang dan tip masakan
Peralatan untuk membuat edible image memang mahal. Harga printer jika termasuk aksesorinya melebihi RM1000. Jika anda ingin serius berniaga, adalah berbaloi untuk membeli printer ini. Tapi jika untuk kegunaan secara sambilan, lebih berbaloi untuk membeli edible image yang siap dicetak dengan kuantiti yang diperlukan sahaja. Banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan mencetak edible image ni. Biasanya mereka meletakkan harga sekitar RM20 untuk sekeping gambar bersaiz A4. Manakala gambar yang dah siap dicetak tentulah lebih murah lagi lebih kurang RM10 sahaja. Setiap keping edible image bersaiz A4 mempunyai bilangan gambar yang berbeza mengikut saiz gambar itu sendiri.
Saya membawakan 12 biji cupcake untuk anak dan kawan-kawan anak saya kesekolah kerana saya tak pasti berapa ramai kawan-kawan kelasnya. Tengah hari sewaktu menjemput anak pulang dari sekolah, guru kelasnya memberitahu, cupcake yang saya berikan terlalu sedikit untuk diagihkan kepada kawan-kawan sekelas anak saya. Jadi guru kelasnya mengagihkan kepada guru-guru anak saya sahaja. Nampaknya tak merasa la anak saya nak makan kek Upin dan Upin dengan kawan-kawannya. Guru-gurunya pulak yang makan. Saya cuma dapat membayangkan, guru-guru anak saya makan dengan gelojoh sehingga comot mulutnya. Hahahahah
In : Sembang-sembang dan tip masakan
Tags: edible image cup cakes "upin dan ipin" "gambar boleh makan" resepi harga kaedah menghias kek butter cream ising paper "kek coklat moist"
blog comments powered by Disqus



