Keju memang sinonim dengan masakan barat. Bila keju digunakan dalam sesuatu hidangan, ia akan dicop sebagai masakan barat. Kalau di Malaysia, keju memang mahal harganya. Bila dimasukkan dalam sesuatu hidangan, hidangan itu secara automatik dikatakan sebagai hidangan mewah. Bagi masyarakat barat pula, keju itu suatu kemestian dan bukan sesuatu yang mewah kerana mereka pengeluar keju. Antara hidangan yang paling popular yang mengunakan keju sebagai bahan utamanya adalah piza dan kek keju.

Agak sukar untuk menikmati kek keju sepuas hati kerana harganya yang mahal. Tak berbaloi rasanya jika terpaksa mengeluarkan wang yang banyak sedangkan kek keju yang dapat dinikmati hanya sedikit. Ada juga kek keju yang murah terutama kek keju yang dijual di hypermarket malangnya kek kejunya tak ubah seperti kek span dengan rasa susu. Anda boleh cuba membuat kek keju versi hypermarket dengan menggunakan tepung campuran kek span tetapi gantikan sukatan air dengan susu segar.

Seringkali saya ditanya mengenai resepi kek keju daripada kawan-kawan dan pengunjung blog ini. Walaupun banyak resepi kek keju di internet tetapi semuanya memerlukan kos bahan mentah yang tinggi. Apa gunanya mengeluarkan kos bahan mentah yang tinggi kemudian terpaksa bersusah payah membuatnya. Alang-alang dah keluarkan wang yang banyak, baik beli sahaja di kedai kek.

Lantaran itu saya telah menulis sebuah ebook mengenai kek keju melalui ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 5. Bila saya katakan resepi komersial, susah pasti ia bermakna resepi itu cepat disediakan, mudah dibuat, bertepatan rasanya dan semestinya menjimatkan kos. Resepi komersial juga bermakna, ia direka khusus untuk kegunaan perniagaan dimana jika anda menggunakan resepi ini sebagai produk jualan di gerai atau restoran anda sudah pasti menjanjikan keuntungan maksimum. Selain itu, resepi kek keju dalam ebook ini amat mudah diubahsuai menjadi berbagai-bagai jenis kek keju yang lazat.

Dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial  5, saya telah menulis resepi kek keju yang paling popular dan sering ditempah oleh pelanggan-pelanggan saya iaitu kek keju bluberi (blueberry cheese cake). Ebook ini mengandungi panduan langkah demi langkah daripada penyediaan acuan, bahan, cara mengadun, kaedah memasak juga tip-tip masakan yang penting lengkap dengan gambar-gambar berkualiti  dari awal sehinggalah siap kek yang dipelajari. Screenshot ebook dalam gambar di bawah akan menjelaskan semuanya. Saya juga memberikan idea-idea untuk anda cuba mempelbagaikan kek keju ini.

Yang lebih penting, saya juga ingin mengumumkan, ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 5, saya tulis untuk diberikan secara PERCUMA kepada anda semua sebagai bonus daripada saya. Sudah lama saya berjanji untuk menulis ebook kek keju  untuk diberikan secara PERCUMA, baru sekarang saya dapat menyiapkannya. Maaf kerana kelewatan ini. Syukurlah. Ebook ini akhirnya siap juga dan anda boleh download dan gunakan dengan baik untuk menambah pendapatan.

Untuk mendapatkan ebook ini sila klik Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial dan baca dengan teliti. Jika anda rasa anda layak, anda boleh menggunakan tab Hubungi Saya untuk memohonnya terus dari saya. Saya akan memberikan link download untuk anda download ebook ini. Ingatlah, saya hanya memberikan ebook PERCUMA hasil tulisan saya sahaja dan ebook-ebook ini tiada sebarang potongan. Ia lengkap, mempunyai nilai yang tinggi dan tidak seperti ebook-ebook percuma yang lain yang tidak diketahui siapa penulisnya, tidak lengkap dan hanya bertujuan untuk promosi sahaja.