Selepas anda memenuhi segala syarat-syarat untuk memohon sijil halal Malaysia, anda perlu menyertakan beberapa dokumen bersama borang permohonan sijil halal yang lengkap. Semua perlu disertakan dan jangan ada tertinggal satupun supaya permohonan anda lebih mudah disemak.
  1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat
  2. Salinan Lesen Perniagaan / Operasi dari pihak berkuasa tempatan.
  3. Salinan Penyata Kewangan Syarikat untuk tahun sebelumnya
  4. Salinan kad pengenalan dan gambar pemilik syarikat
  5. Salinan kad pengenalan pekerja tetap, beragama Islam dan warganegara Malaysia. Jumlah salinan ini bergantung kepada saiz industri. Boleh rujuk Artikel Syarat-syarat Untuk Memohon Sijil Halal Malaysia
  6. Salinan rekod suntikan kesihatan bagi semua pekerja dibahagian pemprosesan dari klinik kesihatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan.
  7. Senarai pembayaran caruman KWSP / nama semua pekerja beserta nombor kad pengenalan.
  8. Salinan Sijil Halal bahagian ramuan / Sijil analisis (COA) yang digunakan (bagi kes tertentu)
  9. Salinan permit import bagi bahan mentah berasaskan haiwan import.
  10. Salinan Sijil Halal bagi ramuan yang digunakan
  11. Salinan invois terkini semua bahan yang digunakan daripada pembekal.
  12. Salinan invois terkini bagi kawalan serangga (Pest Control)
  13. Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan dan Kursus Intensif Halal (jika perlu)
  14. Salinan pengiktirafan kawalan kualiti (HACCP, GMP, ISO, GHP, TQM) dan sebagainya (jika ada)
  15. Senarai bahan kimia yang digunakan (jika ada)Senarai nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan.
  16. Contoh label produk yang akan disahkan halal
  17. Carta aliran proses pengeluaran produk
  18. Peta lokasi premis (location-map)
  19. Pelan rekabentuk bagi kawasan kilang / premis

Maklumat ini adalah untuk permohonan Sijil Halal Malaysia melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor.