Banyak permintaan yang  saya terima untuk melanjutkan tempoh Diskaun 20% bagi ebook-ebook masakan barat tulisan saya. Menjelang Aidilfitri memang semuanya sibuk. Jadi saya lanjutkan tempohnya sehingga 13 Ogos 2012. Rata-rata sangat berminat dengan ebook ketiga saya yang mengandungi resepi kek coklat moist. Ebook ini diberikan percuma sama seperti ebook kek keju, kek kukus buah-buahan dan hidangan pengiring masakan barat.

Dapatkan diskaun 20% untuk ebook Masakan Barat Komersial. Klik disini sekarang.

Nak tahu apa istimewanya ebook masakan barat 3 iaitu resepi kek coklat moist ini?


  1. Tentu sekali rasanya yang sangat sedap, lembut dan gebu.
  2. Kos membuatnya yang tersangat murah. Satu adunan kek seberat lebih kurang 2kg, kosnya hanya sekitar RM5 sahaja. Tak percaya? Tak mengapa. Anda boleh terus membeli kek-kek dikedai kek.
  3. Proses membuatnya yang sangat mudah. Tanpa mixer pun, proses membuat kek coklat moist ini masih sangat mudah.
  4. Kaedah memasak pelbagai cara dengan hanya menambah dan mengurangkan tepung sahaja. Boleh dibakar seperti biasa atau dikukus. Boleh juga menggunakan microwave oven. Nak bakar atas dapur gas pun boleh.
  5. Mudah dipelbagaikan kepada variasi kek kegemaran. Dengan resepi yang sama, anda boleh menghasilkan cupcake atau anda boleh kukus dalam bekas plastic TLT kecil (bekas taufu fah). Anda juga boleh membuat kek coklat moist tanpa telur dengan hanya mengeluarkan telur dari senarai bahan-bahan tanpa menukar bahan yang lain.
  6. Sesuai untuk berniaga. Dengan semua cirri-ciri komersial diatas, anda dapat maksimumkan keuntungan dari penjualan kek. Agak-agak berapa harga kek coklat moist 2kg dipasaran sekarang?


Gambar-gambar dalam entri ini adalah gambar cupcake coklat yang saya buat baru-baru ini tempahan dari seorang rakan. Model-model strawberi, ladybird dan teddy bear dibuat menggunakan fondant yang saya uli sendiri. Memang seronok menghias kek dengan model-model comel. Entah macam mana, seekor teddy bear tu boleh buat muka nakal pulak.