Tahun baru baru hampir tiba. Harap anda semua telah bersedia dengan azam baru lengkap dengan strategi-strategi untuk memudahkan anda mencapainya. Saya ucapkan selamat tahun baru dan selamat maju jaya.

Sempena tahun baru ini, saya ingin memperkenalkan servis saya yang terbaru yang baru sahaja dilancarkan pada maal hijrah yang lalu. Ia tiada kena mengena dengan dunia masakan. Namun ia sangat bagus untuk anda yang berhasrat untuk mengabadikan resepi-resepi anda dalam bentuk ebook. Macam saya atau mungkin lebih baik lagi.

Design cover ini merangkumi buku berkulit tebal, 2, 3 atau 4 buah buku didalam satu kotak, majalah, kotak perisian, buku berjillid dan CD bersama kotaknya. Apa yang menariknya, harganya yang tersangat murah. Mengapa ia boleh menjadi begitu murah. Sebenarnya kualitinya memang saya jaga. Untuk menjadikan ia murah, saya telah mengurangkan kebanyakan kos yang perlu saya tanggung seperti web hosting, software dan programming, web designing, image dan lain-lain yang berkaitan. Oleh itu tidak perlu risau mengenai kualitinya.

Satu lagi yang mungkin menarik perhatian anda ialah, konsep buat kerja dulu baru bayar yang diamalkan. Oleh itu selagi apa yang anda mahu belum terlaksana, anda tak perlu membayarnya. Berlainan sekali dengan designer yang lain yang mesti bayar dahulu sebelum membuat kerja. Lepas tu bila kerja tak sempurna, bukan main susah lagi nak pulangkan duit. Kalau buat kerja dahulu baru bayar, ini tak mungkin berlaku.

Cuba la tengok-tengok dahulu.. Design Cover Termudah