Syawal baru sahaja meninggalkan kita. Sana-sini terdengar bebudak kata “alaa.. raya dah abis. Tak de lagi makan free..” Cukup-cukup la tu makan di rumah terbuka. Saya pun dah tak larat lagi melayan perut yang bermacam ragam bila diisi dengan berbagai benda. Dah lama saya menjaga perut ni dengan memakan benda-benda yang saya tahu asal-usulnya. Tapi bila raya, semuanya tak terkawal. Tali perut pun macam kena kejutan budaya. Dah puas makan bulan Syawal, sekarang masanya kita memikirkan tentang perut orang lain yang kurang bernasib baik. Kalau hari raya aidilfitri untuk kita, adalah lebih elok hari raya aidiladha untuk mereka pula. Bukan lama pun lagi. Mungkin aidilfitri, mereka tak sekenyang kita. Kita boleh kenyangkan mereka pada aidiladha nanti.

Saya bukanlah ustazah yang layak bercerita mengenai ibadah korban dan aqiqah namun saya amat maklum kemana daging korban itu akan diedarkan. Sekarang ni di Malaysia, daging korban akan diagihkan kepada penduduk setempat. Orang berduit pun dapat. Jadi saya mengesyorkan anda untuk melaksanakan ibadah korban dan aqiqah di Kemboja. Kebanyakkan dari mereka hanya dapat makan daging setahun sekali. Memang sesuai sangat dengan tujuan ibadah ini.
Kadang-kadang sesebuah masjid atau surau menyembelih berpuluh-puluh ekor lembu. Dua tiga hari mengerjakannya. Berbungkus-bungkus daging sampai ke rumah saya sehinggakan saya terfikir daging ini sepatutnya untuk fakir miskin tapi kat mana saya nak cari? Ibadah korban boleh dilakukan secara online dimana lembu dan kambing disembelih ditempat yang sangat memerlukan makanan. Sangat mudah dengan mewakilkan sebuah syarikat dari Malaysia melaksanakannya. Bukan itu sahaja, daging dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan bersama-sama.

Harga lembu dan kambing juga lebih murah dari harga pasaran Malaysia kerana syarikat yang dipertanggungjawabkan ini menternak sendiri haiwan ini di kemboja. Boleh menempah 1 bahagian sahaja. Tak perlu susah payah mencari kawan-kawan dan saudara-mara untuk berkongsi seekor lembu. Semuanya akan diuruskan. Anda hanya memerlukan RM230 untuk satu bahagian lembu. Harga bersih dan memang sangat murah. Dapat gaji, tutup mata, laksanakan ibadah korban. Selesai satu tanggungjawab. Setelah korban dilaksanakan, anda akan di berikan sijil dan gambar sebagai bukti korban yang anda lakukan. Terasa ringan bahu. Ada rezeki lebih lagi, lain kali boleh buat lagi.