Crepe With Orange Sauce
Posted by Norasikin Basri on Monday, July 18, 2011
Under: Resepi Masakan Barat
.jpg)
.jpg)
200g Tepung Gandum
2 bj Telur
100g Susu Cair
150g Air
2 cmt Mentega
1/4 cmt Garam
Bahan-bahan untuk Sos Oren
1 bj Oren
1 cwn Air
2 cmt Tepung Jagung
50g Gula Kisar
.jpg)
- Campurkan tepung dan garam terlebih dahulu. Dalam bekas yang lain, campurkan telur, air dan susu cair.
- Campurkan cecair kedalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau.
- Teruskan sehingga cecair habis dan pastikan batter tidah bergentel. Jika perlu, gunakan pemproses makanan ataupun blender untuk mengadun.
- Cairkan mentega dan masukkan dalam batter akhir sekali. Kacau sebati.
- Panaskan kuali tak melekat sehingga panas.
- Tuangkan 1/4 cwn batter dan ratakan sehingga mendapat lempeng yang nipis.
- Masak di kedua-dua belah dan lipat untuk dihidangkan.
- Dapatkan 1/2 cmt parutan kulit oren. Ambil bahagian yang kuning sahaja.
- Kemudian perah oren untuk mendapatkan jusnya. Buangkan bijinya jika ada.
- Masukkan gula, tepung jagung, dan air kedalam periuk dan kacau sehingga sebati dan tepung jagung larut sepenuhnya.
- Setelah itu baru panaskan diatas api perlahan sehingga jernih dan pekat.
- Akhir sekali, masukkan jus oren dan parutan kulit oren. Kacau sebati dan hidangkan bersama crepe.
.jpg)
Tip Masakan Berguna
- Kulit oren memang kaedah yang terbaik dalam memberikan aroma oren yang kuat. Bagaimanapun hanya bahagian kuning yang nipis sahaja diperlukan kerana bahagian putih mempunyai rasa yang pahit. Kulit oren juga dimasukkan akhir sekali untuk mengelakkan rasa pahit keluar dan meresap dalam sos.
- Jika disebut lempeng, tentu kita fikir harganya tidak melebihi RM1. Tetapi crepe dengan hiasan dan persembahan seperti diatas boleh dijual melebihi RM3. Jika di hotel, harganya akan meningkat ke suatu nilai yang tidak disangka. Hiasan diatas hanya menggunakan sedikit hirisan kullit oren, krim putar dan daun pudina.
In : Resepi Masakan Barat
Tags: crepe orange sauce masakan barat lempeng desert batter
blog comments powered by Disqus



