Salah satu ciri masakan barat yang penting ialah rupa hidangan itu. Daripada rupa hidangan sahaja kita telah dapat membezakan sesuatu hidangan itu sama ada barat atau timur. Masakan barat dihias indah berwarna-warni dengan sistem yang teratur untuk membangkitkan selera. Jika dibandingkan dengan masakan melayu, hiasan masakan barat bolehlah dikatakan keterlaluan sehingga mereka sanggup mengeluarkan belanja yang lebih semata-mata untuk hiasan. Kadang-kadang, hiasan memerlukan kos yang lebih tinggi dari hidangan utama.

Seni ukiran buah adalah salah satu contoh hiasan sesuatu hidangan. Bayangkanlah masa yang diperlukan untuk membuat ukiran tetapi ia tetap penting dalam masakan barat. Dibawah ini ada video untuk anda pelajari teknik asas seni ukiran buah.



Sekali tengok macam senang je nak mengukir buah ni. Beberapa minit je dah siap. Tapi sebenarnya rasa nak menitik air mata. Terkebil-kebil bijik mata bila tengok orang potong buah yang dah siap diukir cantik untuk di makan. Tapi nak buat macam mana, buah tu bukan boleh disimpan lama. Mesti dimakan jugak untuk mengelakkan pembaziran.

Saya harap anda dapat mempelajari sesuatu melalui video ini. Cuba la dahulu. Mana la tau ada bakat terpendam dalam diri anda.