Semenjak dua menjak ni saya rasa menghias kek menggunakan fondant nampak lebih senang. Tak perlu menggunakan sebarang peralatan khusus. Hanya berbekalkan pengalaman bermain dengan tanah liat sewaktu kecil dahulu. Namun begitu bukanlah keseluruhannya saya hias dengan fondant sebab saya tahu, kanak-kanak bukan suka makan fondant. Jadi buttercream tu sangat penting. Fondant, saya cuma gunakan untuk dijadikan bentuk-bentuk tertentu yang menarik hati kanak-kanak. Gambar-gambar cupcake dalam entri ini saya menggunakan model strawberi dan ladybird.


Saya kurang senang membentuk fondant menjadi patung-patung atau watak-watak tertentu. Walaupun ia menarik dan comel bagi kanak-kanak tetapi pada pendapat saya ia tidak baik untuk mereka. Kalau adapun watak yang saya buat hanyalah watak khayalan atau mungkin cuma bahagian-bahagian tertentu seperti muka sahaja. Jadi saya lebih senang membuat bentuk-bentuk tumbuhan atau haiwan-haiwan kecil.


Cupcake ini sebenarnya dipasangkan dengan kek harijadi edibe image strawberry shortcake akan paparkan dalam entri seterusnya. Seronok pulak membuat model-model kecik untuk cupcake. Lepas ini saya akan mengutamakan hiasan kek menggunakan fondant pula. Saya akan cuba membuat lebih banyak bentuk-bentuk kesukaan kanak-kanak yang comel. Lagipun fondant ni semuanya saya buat sendiri menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal. Harganya tentulah lebih murah bila tak guna fondant readymade. Saya tak mau la cerita pasal harga cupcake yang saya jual ni banyak-banyak. Cukupah saya beri klu sikit. Cupcake hiasan fondant saya ni bersaiz L dan harganya RM0.50 lebih rendah dari harga cupcake bersaiz S dengan hiasan buttercream di tempat lain. Apa lagi, google la harga cupcake online..


Saya diberitahu, cupcake ini akan diletakkan sekeliling kek harijadi besar. Maka saya rasa tak perlu la ditulis apa-apa diatas cupcake dalam susunan tertentu. Jadi boleh la cupcake itu ditaburkan dimana-mana tempat tanpa risau susunan hurufnya berterabur. Resepi cupcake ini saya gunakan resepi kek coklat moist yang asal, dari ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 3 yang dah tentunya sangat berbaloi dan menjimatkan. Saya hanya menambah 20g tepung gandum sahaja dari resepi asal. Saya harap kanak-kanak yang hadir ke majlis harijadi itu berpuashati dengan cupcake ini.