Keistimewaan masakan barat bagi saya adalah penggunaan bahannya yang mudah dan simple. Kaedah memasaknya juga tidak rumit. Kebanyakkannya dimasak berasingan kemudian barulah disatukan ketika dihidang. Jarang saya jumpa masakan barat yang rumit. Kalau nak perap pun cuma garam dan lada hitam. Sosnya juga takde la bercampur aduk rempahnya. Satu atau dua jenis dah cukup. Mungkin kerana bau dan rasa herba barat sangat lembut. Jadi kalau dicampur hanya bau dan rasa yang kuat sahaja yang kekal. Kalau kat negara kita, rempah tumis je ada 4. Tak masuk tumbuhan herba lagi macam serai, daun kari dan lain-lain. Bila campur dengan bahan dalam rempah kari, tak cukup mukasurat nak tulis.



Bahan-bahan untuk Cheesy Pasta
200g Pasta
1 cmb Mentega
1 cmb Tepung Gandum
2 ulas Bawang Putih
ΒΌ bj Bawang Besar
1 cwn Susu Cair
1 cwn Air
125g Keju Cheddar
2 btg Sosej Ayam
1 btg Giant Celery
Secubit Thyme Kering
Secubit Lada Hitam Kasar


Cara membuat Cheesy Pasta
  1. Pasta direbus sehingga masak mengikut arahan tertera pada pek.
  2. Bawang putih dan bawang besar ditumbuk halus atau dikisar tanpa air.
  3. Panaskan mentega dan apabila sedikit cair, tumiskan bahan tumbuk.
  4. Setelah bau tumisan keluar, masukkan tepung gandum dan kacau pantas menggunakan whisk.
  5. Masukkan 3 atau 4 sudu air dahulu dan kacau untuk menghancurkan tepung yang bergentel.
  6. Setelah semua tepung menjadi krim halus, barulah dimasukkan air dan susu cair.
  7. Masak hingga mendidih kemudian masukkan keju cheddar yang diparut dan thyme.
  8. Kacau perlahan dengan api yang kecil hingga keju cair dan kuah menjadi pekat.
  9. Setelah mendapat kepekatan kuah yang anda kehendaki, masukkan sosej dan giant celery yang dipotong mengikut kesukaan anda.
  10. Perasakan dengan lada hitam.
  11. Sos keju sedia untuk tuangkan keatas pasta. Boleh juga digaulkan sekali pasta dengan sos keju.


Tip Masakan Komersial
  1. Dalam masakan barat, sos keju begini sangat popular kerana negara mereka kaya dengan keju. Namun di Malaysia, kita lebih menggemari sos bolognaise mungkin kerana warnanya macam pedas walaupun sebenarnya tak pedas pun.
  2. Untuk mempelajari masakan barat, sangat penting untuk kita tahu teknik membuat roux iaitu memekatkan sos dengan tepung gandum seperti resepi diatas. Kebanyakkan sos masakan barat menggunakan cara ini termasuklah cream of chicken soup, cream of mushroom soup, sos bechamel, sos veloute dan sebagainya.
  3. Cheesy Pasta sesuai dimakan panas-panas selayaknya masakan barat. Sos Keju akan membeku apabila sejuk. Lebihkan air jika inginkan sos kekal cair ketika sejuk. Cara ini sesuai jika anda ingin menggunakan ia sebagai salad. Tambahkan lebih banyak sayuran yang boleh dimakan segar seperti tomato, lettuce, dan sebagainya. Untuk salad, adalah lebih sedap jika sedikit manis. Tambahkan gula jika perlu.
  4. Dalam resepi ini memang tiada garam. Keju ceddar dan mentega sudah semestinya mempunyai garam. Ini sudah mencukupi dalam masakan barat. Lagipun mereka menyediakan garam dan lada hitam diatas meja makan mereka.
  5. Ramai yang bertanya cara membuat sos keju seperti yang kita nampak dijual dikedai makanan segera. Biasanya mereka makan dengan potato wages. Kaedah yang sama boleh digunakan untuk membuat sos keju ini. Selalunya mereka menggunakan keju cheddar yang berwarna kuning. Keju lain juga boleh digunakan terutama keju yang cair menjadi seperti susu apabila dimasak bersama air. Tambahkan sedikit jus lemon untuk menaikkan rasa masam keju. Kalau nak guna seluruhnya susu pun boleh. Baru jimat.
  6. Jika anda dah mahir dengan sos-sos panas masakan barat, anda perlu pelbagaikan dengan menukar bahan yang memberikan rasa dalam sos. Contohnya susu diganti dengan stok ayam atau sayuran. Menggunakan jus buaha-buahan dan sebagainya.