Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru dan terima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca setia Blog Resepi Masakan Barat Komersial, juga Facebook Resepi Komersial. Saya doakan semoga tahun 2014 ni menjadi tahun yang paling bermakna dalam hidup anda dan merupakan permulaan kepada kehidupan anda yang lebih baik. Hari pertama tahun baru ni, biarlah saya berceloteh pendek sahaja kerana selepas ini ada lebih banyak lagi yang boleh saya celotehkan jika panjang umur.



Jangan sangka setiap perubahan yang kita lakukan, kita akan melihat hasilnya dalam masa terdekat. Jika kita menanam duku langsat sekarang, belum tentu kita dapat menikmatinya apabila ia berbuah untuk pertama kali. Mungkin rezeki itu hanya untuk cucu cicit kita. Tetapi jika sekarang kita terus bertangguh untuk menanamnya, sudah pasti tiada siapa yang akan mendapat kebaikkannya. Jadi, ditahun baru ini, tetapkan matlamat dan pasang niat yang betul untuk kebaikkan semua dan bukan hanya untuk diri sendiri sahaja. Niat yang baik disertakan usaha yang gigih, Insya Allah, tuhan akan mengizinkan semuanya terjadi.


Gambar-gambar diatas adalah pohon duku langsat yang ditanam oleh ayah saya yang berhajat suatu hari nanti cucu-cucunya dapat menikmati buah-buahan sepuasnya. Berbelas batang pokok duku, dokong, langsat dan duku langsat sekeliling rumah dan anak saya sedang keroyok salah satu pokok. Pokok buah-buahan yang lain juga ada seperti rambutan, pulasan, cempedak, jambu batu, limau bali, manggis dan sebagainya.