Showing category "Resepi Masakan Barat" (Show all posts)
.JPG)
Jika muffin boleh dikatakan cupcake yang mudah dan ringkas, begitu juga dengan skon dimana skon boleh dikategorikan sebagai quickbread yang kecil. Bagaimanapun saya lebih gemar mengaitkannya dengan biskut yang ringkas. Skon popular sebagai snek masyarakat barat terutama yang berasal dari Scotland. Kalau orang yang kurang berilmu, pasti menganggap skon adalah biskut yang tak menjadi, lemau atau tak cukup syarat. Apa yang penting, skon sebenarnya makanan yang mudah dan cepat disediakan, tidak c... Continue reading ...
Muffin Coklat Berganda | Double Chocolate Muffin
.JPG)
Petang-petang, bila boring, tak ada benda nak dikunyah, membuat muffin adalah pilihan yang tepat. Muffin lebih mudah, cepat dan mengenyangkan berbanding cupcake. Muffin coklat berganda paling sesuai untuk penggemar coklat tegar kerana rasa coklat pada muffin ini sangat kuat tambahan pula dengan tekstur muffinnya yang lembab. Bagi yang tak suka makanan yang terlalu bercoklat, boleh cuba Resepi Cupcake Coklat Tipis. Kalau nak yang rangup pula, boleh cuba Biskut Coklat Barat.
.JPG) Bahan-bahan untuk... Continue reading ...
Russian Black and White Cake
.JPG)
Russian Black and White Cake ini sebenarnya saya hasilkan dari Resepi Kek Coklat Moist yang asal. Tiada ubah sedikitpun kecuali toppingnya. Sila belek page Promosi untuk ebook Kek Coklat Moist yang diberi percuma bersama Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Konsep Russian Black and White Cake ni terletak pada corak yang terhasil apabila kek dipotong. Kebetulan sahabat saya ingin berkongsi sebiji kek bersama sahabat yang lain jadi saya potong siap-siap. Dapatlah tangkap gambar bahagian ... Continue reading ...
Resepi Muffin Asas 2
.JPG)
Sengaja saya memaparkan resepi muffin asas lagi kerana kedua-duanya sangat jauh berbeza. Resepi muffin asas yang pertama lebih bersifat komersial dimana kos menghasilkannya sangat kecil dan tidak cerewet manakala resepi muffin asas kali ini lebih tinggi kosnya dan sesuai untuk surirumah yang hanya menghidangkan yang terbaik untuk keluarganya. Saya harap anda dapat membandingkan kedua-duanya dan ulaskan pendapat anda dalam kotak komen dibawah.
.JPG) Bahan-bahan untuk Resepi Muffin Asas2
350g Tepung ... Continue reading ...
Resepi Cream Of Broccoli Soup
.JPG)
Cream of Broccoli Soup adalah sup lanjutan yang dihasilkan dari sos asas masakan barat yang pernah saya paparkan suatu ketuka dahulu. Dengan teknik yang sama dengan cream of mushroom soup, anda akan memperolehi sup yang berkhasiat untuk dijadikan pembuka selera dalam set menu antarabangsa. Memang mudah jika anda telah menguasai sos veloute dan penyediaannya tidak memerlukan masa yang lama, sesuai untuk perniagaan. Untuk resepi ini, saya menggunakan bawang besar, leeks dan giant celery sebagai... Continue reading ...
Resepi French Toast
.JPG)
Sarapan di negara Eropah termasuk Perancis atau Itali biasanya ringkas dan masa sarapan pendek sahaja. Biasanya hanya secawan kopi atau teh dengan sedikit pastri. Segelas kecil jus buah-buahan juga memadai. Ini kerana mereka makan malam hanya selepas pukul 8 malam dan disana waktu ini sudah dianggap lewat. Berbanding dengan orang Amerika, mereka makan lebih awal jadi apabila paginya mereka akan terlalu lapar dan memerlukansarapan yang lebih banyak. Dari sinilah munculnya perkataan ‘breakfas... Continue reading ...
Stew Daging Lembu | Beef Stew
.JPG)
Stew memang kurang popular dengan masyarakat Malaysia tetapi sangat popular dalam masakan barat. Padahal sebenarnya masyarakat kita sering memasak makanan dengan kaedah ini tanpa disedari. Stew adalah kaedah memasak makanan menggunakan air yang sedikit dengan api yang perlahan supaya makanan menjadi lembut dan ia dihidangkan bersama kuahnya sekali. Dalam bahasa pasarnya dia dinamakan merendidih. Setelah mengetahui maksud stew, barulah ramai yang sedar, memang banyak hidangan tempatan yang men... Continue reading ...
Resepi Makaroni Bakar
.JPG)
Bagi saya, makaroni bakar sebenarnya tak lebih daripada makaroni goreng lebihan semalam yang diberikan nafas baru supaya dapat dihidangkan panas-panas. Manakan tidak, rata-rata makaroni bakar yang saya rasa tak pernah mempunyai rasa yang tertentu yang melambangkan keunikan masakan itu sendiri. Kebanyakkannya mempunyai rasa mi yang digoreng cara Thai atau Melayu. Kalau di barat mungkin mempunyai citarasa barat. Persamaannya hanya keju yang ditaburkan diatas yang menjurus kearah masakan barat. ... Continue reading ...
Pai Epal Menjelang Tahun Baru 2012

Tahun 2012, tiada siapa yang menduga apa yang akan berlaku. Biasanya kita akan melengkapi diri dengan azam baru menuju kearah kehidupan yang lebih baik. Bagaimanapun, ramai yang terlalu teruja untuk menempuh tahun baru sehinggakan melupakan segala-galanya yang telah dilalui tahun lepas. Biasanya hanya yang menggembirakan sahaja diingati sedangkan yang sedih dan memalukan dilupakan begitu sahaja. Jadi di tahun baru ini, saya mengajak anda bertafakur sejenak mengenangkan segala suka duka tahun ... Continue reading ...
Resepi Nugget Daging dan Tujuan Menyadur/Menyalut Makanan
.JPG)
Mana-mana pergi sama ada pasar malam, pasar tani, expo, exibition, pasaraya, karnival, pasar minggu, pasar lambak, pasti ada sahaja usahawan yang menjual nugget, bebola, fingers dan sebagaiya. Makanan seperti ini bukan sahaja cepat dimasak, mudah didapati, malah menguntungkan. Apa yang saya kesalkan, makanan ini sepatutnya adalah sesuatu yang berkhasiat tetapi setelah dia dikomersialkan, dikeluarkan dalam kuantiti besar dan dijadikan produk sejuk beku, kualitinya semakin menurun. Makanan ini ... Continue reading ...
Bagaimana Membuat Kentang Goreng Rangup dan Sejukbeku Komersial
.JPG)
Tak perlu diperkenalkan lagi. Kentang goreng memang sangat popular di Malaysia. Makanan barat ini dijual hampir di semua restoran masakan barat terutama yang berkonsepkan francais. Malah restoran dan gerai biasa juga menjualnya memandangkan ia sangat mudah dan cepat serta mempunyai permintaan tinggi sebagai makanan ringan dan sampingan. Bagaimanapun, saya rasa, hampir semuanya menggunakan kentang goreng sejukbeku yang terdapat dipasaran kecuali syarikat-syarikat gergasi yang mempunyai beratus... Continue reading ...
Cara Membuat Mayonis Sendiri | Homemade Mayonaise
.JPG)
Dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, saya ada menggunakan banyak menggunakan mayonis dalam hidangan-hidangan yang dipelajari. Dah lama saya diajukan pertanyaan oleh pelanggan-pelanggan ebook saya mengenai kaedah membuat mayonis sendiri. Kini baru saya berkesempatan memaparkan disini. Tidak susah sebenarnya. Tak perlu guna api pun. Hanya perlu kacau. Kalau ada mixer lagi senang. Tapi saya mengajar hanya menggunakan tangan je. Resepi dibawah boleh menghasilkan kira-kira 1 l... Continue reading ...
Resepi Waffle Mudah dan Ringkas
.JPG)
Waffle ni memang tak jauh sangat bezanya dengan pancake asas yang pernah saya paparkan dalam blog ini. Anda boleh bandingkan sendiri dalam entri pancake asas saya. Saya memang gemarkan waffle yang rangup diluarnya ketika panas dan gebu didalamnya. Resepi dibawah ini adalah resepi waffle yang paling mudah untuk anda cuba. Saya tak ada alat untuk memasak waffle. Kalau nak beli pun tak berbaloi untuk saya. Bukan saya nak makan waffle tiap-tiap hari. Ada juga saya belek harga mesin ini dikedai ba... Continue reading ...
Resepi Seafood Tempura

Saya pun tak tahu tempura ni makanan jepun atau masakan barat atau negara manapun. Itu memang saya tak ambil berat sangat. Rasanya banyak negara ada hidangan bersalut tepung. Masakan thai popular dengan udang dan sotong goreng tepung, masakan barat dengan ayam gorengnya. Tempura tu pun saya tak tahu maknanya. Mungkin rempah, mungkin nama tempat atau apa saja. Apa yang penting, kerjaaaaasama, bagaimana hendak menghasilkan adunan tepung tempura yang rangup, garing, lazat dan yang pastinya bukan... Continue reading ...
Kek Coklat Moist dengan Hiasan Tema Perkhemahan
.JPG)
Hari ini saya tak mahu tulis banyak-banyak. Cukup la dengan gambar-gambar kek coklat moist yang say hasilkan baru-baru ini sebagai rujukan saya akan datang. Harap ada kebaikkan untuk anda juga. Resepi sila rujuk ebook-ebook saya.
.JPG)
.JPG)
.JPG) Continue reading ...
Chocolate Fudge Banana Split
.JPG)
Suatu ketika dahulu saya pernah kata, daripada menjual pisang lebih baik menjual pisang goreng. Daripada jual ubi, lebih baik jual kerepek ubi. Inilah yang dimaksudkan dengan memberikan tambah nilai kepada produk sedia ada anda. Tak faham lagi? Macam ni la. Tak lama lagi kita nak berpuasa. Pasti ada anak muda yang berniat untuk menjual daun ketupat. Apa kata sambil-sambil menjual daun ketupat tu, anda jual juga kelongsong ketupat siap. Kalau tak pandai anyam, minta la sesiapa ajarkan cara men... Continue reading ...
Resepi Cupcake Coklat Tipis | Light Chocolate Cupcake
.JPG)
Setelah sekian lama membuat kek dan cupcake coklat dalam kategori sangat bercoklat kegemaran kanak-kanak, kini tiba masanya untuk membuat kek untuk diri saya sendiri. Sejenis kek yang lembut dan gebu seperti kek span dengan rasa coklat yang sipi-sipi. Kalau saya nak makan sesuatu yang bercoklat, lebih baik saya makan coklat bar je. Maka terhasillah cupcake coklat tipis khusus untuk penggemar kek tetapi bukan penggemar coklat yang ekstrem. Bagi yang baru nak belajar membezakan yang mana cupc... Continue reading ...
Crepe With Orange Sauce
.jpg)
Dalam masakan barat pun ada makanan yang kita panggil lempeng. Saya sebenarnya malas nak sebut lempeng sebab bila anda tau je, minat anda untuk mencuba terus luntur. Tapi saya tak kisah. Saya ada tujuan tersendiri. Walaupun hidangan barat ini cuma lempeng tetapi masyarakat barat telah berjaya meningkatkan taraf makanan ini ke tahap yang setara dengan makanan-makanan barat yang lain. Sama seperti capati dan tossei dalam masakan india, crepe juga dikenali di seluruh dunia. Sekarang ni pun saya ... Continue reading ...
Download Percuma Ebook Resepi Masakan Barat Komersial

Beberapa aduan yang saya terima mengatakan borang ebook percuma yang saya sediakan gagal berfungsi dengan baik. Ada yang tersangkut ditengah jalan. Walaupun pendaftaran berjaya, tetapi tiada link download yang keluar. Dah sebulan saya mencari kaedah alternatif agar anda dapat download ebook percuma saya dengan jayanya. Kini baru berjumpa. Bagi yang masih belum memperolehi ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 2 yang saya berikan percuma atau yang cuba mendaftar tapi masih belum mem... Continue reading ...
Resepi Apple Fritters dengan Sos Apricot
.jpg)
Kalau disebut dalam bahasa omputeh, memang sedap je bunyinya. Cuba terjemahkah dalam Bahasa Malaysia. Jadi la epal goreng. Sama spesis dengan pisang goreng, keledek goreng, keladi, sukun, ubi dan sebagainya. Memang tak ada kelas. Jadi kat hotel hanya menyajikan apple fritters dan bukannya epal goreng. hehehhe
.jpg) Bahan-bahan untuk Apple Fritters
2 bj epal hijau 80g tepung gandum 20g tepung beras 130ml susu segar 1 cmb minyak masak 1 bj telur (C) 1/2 cmt garam 1/4 cwn minyak untuk menggoreng Bahan untuk S... Continue reading ...
Muffin Bijirin Nestum | Nestum Cereal Muffin
.JPG)
Walaupun dah buat biskut bijirin nestum, stok nestum kat rumah saya masih lagi banyak. Kalau nak dijadikan minuman rasa jemu pulak. Nak gunakan untuk ayam goreng nestum, berapa banyak saja le yang digunakan. Nak buat popia nestum pulak terasa malasnya. Lagipun stok susu tepung dah habis. Jadi lebih baik saya buat nestum. Kalau tak habis pun, boleh la saya agih-agihkan kepada kawan-kawan di tempat kerja. Boleh jugak mintak pendapat mereka. Kebetulan, bapa mertua saya nak datang. Kira ok la tu.... Continue reading ...
Muffin Asas Yang Sempurna
.JPG)
Kepada sesiapa yang masih belum dapat membezakan antara muffin dan cupcake, bolehlah mencuba resepi muffin asas yang saya sertakan dibawah ini. Adalah penting untuk tahu membezakan kedua-dua masakan barat ini supaya kita dapat menganalisa kejayaan sesuatu resepi. Ramai yang mengharapkan muffin mereka gebu, lembut dan halus sedangkan itu adalah ciri-ciri cupcake. Membuat muffin tidak begitu cerewet seperti membuat cupcake seolah-olah muffin direka untuk hidangan yang cepat dan mudah. Muffin ju... Continue reading ...
Resepi Pancake Asas
.JPG)
Dah lama saya tak paparkan resepi masakan barat sampaikan ada yang komplen, nama blog je masakan barat tapi dalamnya resepi cekodok. Bagaimanapun saya memang tak layan sangat komen sebegitu. Saya nak letak resepi masakan barat ke, timur ke, utara ke selatan ke, itu terpulang kepada saya. Saya sekeluarga yang nak makan. Saya yang keluarkan modal untuk memasak. Blog saya bukan copy paste dari internet. Gambar-gambar juga original milik saya. Jadi setiap apa yang saya paparkan perlulah saya masa... Continue reading ...
Resepi Sos Veloute | Sos Asas Putih 2
.JPG)
Sebelum ni saya dah bercerita mengenai sos asas putih yang pertama iaitu sos bechamel. Perbezaan yang paling ketara ialah, sos veloute menggunakan stok putih iaitu rebusan ayam, ikan, lembu atau sayuran yang jernih. Sos veloute juga tak menggunakan sebarang herba masakan barat. Kalau nak tau sos bechamel menggunakan bahan dan herba apa, sila klik Resepi Sos Bechamel | Sos Asas Putih 1. Dengan sedikit penambahan bahan, sos veloute boleh menghasilkan sos-sos lain dan yang paling popular adalah ... Continue reading ...
Resepi Sandwich Double Decker

Kalau dalam kategori masakan barat, sandwich dah termasuk dalam hidangan utama kerana hidangan ini sudah lengkap semuanya termasuk karbohidrat, protin, sayur-sayuran dan sebagainya. Bagi masyarakat Malaysia yang hanya akan berasa kenyang apabila memakan nasi, akan menganggap sandwich hanya sebagai makanan ringan yang berkhasiat. Bagi para usahawan pula, setiap apa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, sudah tentu boleh ditukarkan menjadi wang. Sandwich double decker banyak di hidangkan di k... Continue reading ...
Resepi Aiskrim Mangga | Mango Sherbert
.JPG)
Sebelum ni saya ada post entri resepi aiskrim coklat iaitu contoh resepi aiskrim yang mudah yang menggunakan susu sebagai bahannya. Sekarang mari kita belek resepi aiskrim mangga yang tidak menggunakan susu. Resepi ini lebih murah kerana tidak menggunakan susu, telur dan whipping cream. Anda pernah membeli aiskrim yang tidak menggunakan susu di kedai? Sekali-sekala cuba anda biarkan aiskrim tersebut cair didalam gelas. Kemudian lihat dan rasa tekstur aiskrim tu. pasti ada sesuatu yang akan an... Continue reading ...
Resepi Aiskrim Coklat Komersial | Chocolate Ice Cream
.JPG)
Saya memang jarang membuat aiskrim kerana dirumah saya tiada penggemar aiskrim. Cuma sekali-sekala bila ada kawan-kawan atau saudara mara datang baru la terasa nak buat. Itupun kalau saya tahu mereka penggemar aiskrim. Kalau saya buat juga, memang tak akan ada yang makan. Membazir je. Aiskrim coklat dalam peti ais dirumah saya pun rasanya dah melebihi 2 tahun saya simpan. Rasanya dah lama expired. Saja je nak buat pekasam. Kalau dah jarang buat tu, maknanya kurang la kemahiran. Walaubagaimanap... Continue reading ...
Resepi Fettucini Makanan Laut | Fettuchini Seafood Marinara
.JPG)
Fetucini adalah salah satu pasta dari bermacam-macam pasta yang dibanggakan oleh masyarakat barat. Sebenarnya bahan-bahan untuk membuat pasta semuanya sama. Yang membezakannya hanya bentuknya dan mungkin perasa dan pewarnanya. Fetucini berbentuk seperti mi yang nipis dan lebar seperti kueh teow dan diperbuat dari tepung gandum. hanya berbeza dari segi bentuknya sahaja berbanding spagetti. Manakala cara memasaknya juga sama. Boleh menggunakan berbagai-bagai sos yang popular seperti bolognaise,... Continue reading ...
Resepi Donut Gebu Tradisional
.JPG)
Kalau kita perhatikan di negara kita, dah banyak sangat syarikat yang menjual donut sebagai tema restoran mereka. Ada juga yang membuka gerai dan kiost yang semata-mata menjual donut. Mereka bersaing secara sihat untuk menarik hati pelanggan dengan menghidangkan donut yang cantik dengan warna-warna yang menarik. Tidak kurang juga yang memberikan kelainan dengan memberikan pelbagai perisa istimewa dalam hiasan donut mereka.
.JPG)
Bagi saya pula, donut tradisional tetap menjadi pilihan. Donut jenis ... Continue reading ...
Resepi Tat Keju Bluberi | Blueberry Cheese Tart
.JPG)
Saya rasa hampir semua blog yang saya lawati terutama blog yang gemar berkongsi resepi, mesti ada terselit resepi tat keju bluberi. Popular sangat ke tat keju bluberi ni? Hasil pemerhatian saya, memang ramai penggemar tat keju bluberi. Kalau tidak, tak mungkin ada usahawan yang mendapat pendapatan lumayan dengan menjual secara kecil-kecilan. Satu lagi sebab yang saya rasa membantu tat keju bluberi ini popular adalah kerana penggunaan keju dan bluberi itu sendiri dalam hidangan ini. Keju dan b... Continue reading ...
Resepi Biskut Coklat dengan Oat | Chocolate Oat Cookies
.JPG)
Biskut ni sebenarnya permintaan anak saya. Kalau dengan budak-budak ni, dah tentu la biskut coklat pilihannya. Sewaktu hari raya boleh la buat biskut-biskut lain sebab ramai pengunjung dan ramai la tukang makan. Jika tak de coklat, tak de la yang sudi jadi tukang makan. Untuk menjadikannya berkhasiat untuk anak-anak, saya tambahkan oat yang baik untuk menurunkan paras kolesterol. Begitu juga dengan kandungan gula. Saya kurangkan sedikit dan gunakan gula perang malangnya coklat chip masih teta... Continue reading ...
Resepi Salad Buah-buahan | Fruit Salad

Masyarakat barat ni kalau makan, mereka mesti bahukan makanan yang seimbang. Kalau dalam sepinggan hidangan utama tu mesti ada karbohidrat, protin dan sayur. Mereka juga mahukan pembuka selera, sup dan pencuci mulut setiap kali menjamu selera. Kiranya anda mahu membangunkan sebuah empayar perniagaan masakan barat, anda mesti menghidangkan semua kategori hidangan ini barulah restoran anda boleh dikatakan sebagai restoran yang berprestij.

Dibawah ini saya sediakan resepi salad buah-buahan yang... Continue reading ...
Cream of Mushroom Soup | Resepi Sup Cendawan
.JPG)
Satu lagi masakan barat dari kategori sup yang paling popular dinegara kita adalah cream of mushroom soup ataupun sup cendawan. Walaupun sup ini bukanlah istimewa sangat tapi ia mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Tak sah restoran masakan barat kita tanpa sup ini. Bayangkanlah, masyarakat di Malaysia sanggup membeli sup cendawan ini yang telah dijadikan sup segera sama ada dijual dalam tin dalam bentuk pekatan mahupun dalam paket dalam bentuk serbuk pati sup. Sup-sup ini dijual dengan har... Continue reading ...
Resepi Cream of Chicken Soup
.JPG)
Chicken soup bolehlah dikategorikan sebagai asas bagi masakan barat memandangkan bahan dan teknik asas yang digunakan sangatlah mudah. Walaubagaimanapun tanpa teknik yang betul, agak sukar untuk menghasilkan sup yang boleh dijadikan produk jualan di gerai atau restoran-restoran masakan barat komersial. Perkara pertama yang perlu diingat jika menyediakan masakan barat adalah, masyarakat barat gemar masakan dengan perasa asli. Maksudnya jika memasak ayam, mereka mahu rasa ayam yang sebenar yang ... Continue reading ...
Tabasco Hot Sauce Recipe

Dah buang tebiat agaknya saya ni. Letak gambar pinggan kosong kat blog resepi. Atas pinggan tu sebenarnya terpulang kepada anda nak letak hidangan apa pun terutamanya masakan barat. Kalau nak letak keropok lekor macam tak sesuai sangat. Saya cuma nak tunjukkan cara membuat sos pedas tabasco (Tabasco Hot Sauce). Manusia ni ada yang gemarkan masakan pedas dan ada juga yang gemarkan masakan sangat pedas. Masakan barat juga tak terkecuali cuma bilangannya tak begitu banyak memandangkan omputeh ni ... Continue reading ...
Resepi Lasagna Bolognese
.JPG)
Satu lagi masakan barat yang popular di Malaysia adalah lasagna. Asalnya lasagna adalah hidangan yang terbit dari kombinasi hidangan-hidangan barat yang lain. Kini terdapat berbagai jenis lasagna dengan berbagai citarasa yang menggabungkan menu masakan barat dengan masakan Malaysia. Ciri utama lasagna adalah, hidangan ini disusun berlapis-lapis dan berselang seli di antara pasta dan sos kemudian diakhiri dengan keju kemudian dibakar sehingga keperangan.
.JPG)
Kesimpulannya, untuk membuat lasagna, ... Continue reading ...
C.I.N.T.A. | Chocolate Cupcake

Chocolate cupcake atau kek cawan coklat ini saya buat khas untuk santapan tontonan birthday blog yang pertama. Walaupun cuma sebagai tontonan, jangan ingat cupcake itu palsu. CH itu bermakna blog cahayacinta.com yang akan menyambut ulangtahun yang pertama. Harap dia dapat menatap gambar chocolate cupcake yang menyelerakan itu sehingga kenyang.

Kenapa ada C.I.N.T.A. pula dalam tajuk tu? Haaaa. ini la yang saya nak cerita sikit. Bukan cinta pertama, bukan juga cinta kedua tapi cinta ketiga. S... Continue reading ...
Sos Bolognaise | Resepi Spagetti | Hidangan Pasta
.JPG)
Walaupun susah disebut, sos Bolognaise adalah sos yang paling popular dalam masakan barat terutama dalam hidangan pasta. Tak kira la pasta jenis apa yang anda gunakan sama ada spagetti, fetucini, fusili atau apa sahaja, semuanya sesuai dengan sos ini. Lagipun kita yang mencorakkan sesuatu hidangan. Asalkan bertepatan dengan ciri-ciri masakan barat yang dikehendaki, hidangan ini tetapi menjadi pilihan ramai. Saya membuat sos ini khas untuk resepi lasagna bolognaise yang akan saya post dalam ent... Continue reading ...
Resepi Sos Bechamel | Sos Asas Putih 1

Terdapat 2 sos asas putih iaitu sos bechamel dan sos veloute. Untuk entri ini, saya hanya bercerita mengenai sos bechamel sahaja. Ia dikatakan sos asas kerana daripada sos ini kita dapat menghasilkan berbagai sos yang lain seperti sos parsley dan sos krim dengan menambah sedikit bahan tertentu. Bahan asas sos ini adalah susu dan menggunakan roux sebagai pemekat. Dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat, saya tidak menggunakan roux kerana terdapat cara yang lebih senang, cepat dan menjimat... Continue reading ...
Resepi Tat Telur (Egg Tart)

Dah banyak kali saya bereksperimen dengan tat telur ni. Macam-macam cara saya cuba. Macam-macam hasil yang saya dapat dan dah banyak wang yang saya belanjakan. Tapi tak mengapa kerana banyak ilmu yang saya dapat. Setiap idea yang keluar saya cuba dan cuba lagi sehingga saya berpuas hati dengan rasa tat telur yang sebenar, sama seperti yang dijual dikedai-kedai.

Di bawah ini saya paparkan resepi tat telur yang paling mudah disediakan. Saja saya paparkan resepi yang paling sedap yang saya cuba... Continue reading ...
Ebook Percuma Resepi Kek Keju (Cheese Cake)

Keju memang sinonim dengan masakan barat. Bila keju digunakan dalam sesuatu hidangan, ia akan dicop sebagai masakan barat. Kalau di Malaysia, keju memang mahal harganya. Bila dimasukkan dalam sesuatu hidangan, hidangan itu secara automatik dikatakan sebagai hidangan mewah. Bagi masyarakat barat pula, keju itu suatu kemestian dan bukan sesuatu yang mewah kerana mereka pengeluar keju. Antara hidangan yang paling popular yang mengunakan keju sebagai bahan utamanya adalah piza dan kek keju.

Aga... Continue reading ...
Resepi Muffin Pisang dengan Coklat Chip
.JPG)
Masakan orang barat ni memang bermacam-macam jenis. Walaupun bahan dan rupanya lebih kurang sama tapi orang barat tetap memanggilnya dengan nama lain. Pada saya, kek, cupcakes, muffin, shortcakes semuanya sama je la. Kalau diberi rasa kepada orang-orang yang tak benar-benar memahami ciri-ciri masakan barat, sudah tentu mereka mengatakan cupcake ni tak jadi sedangkan mereka sedang makan muffin. Itu sebabnya saya pilih orang juga jika nak beri rasa masakan saya. Kalau bagi juga, tentu sakit tel... Continue reading ...
Roti Bawang Putih (Garlic Bread) Hari Raya

Setiap kali menyambut hari raya, pasti kami akan berkumpul bersama-sama bercerita panjang tentang pelbagai hal. Segala cerita keluar, dari hal kehidupan, isu semasa, kenangan silam atau apa sahaja yang terlintas difikiran. Sekali-sekala berkumpul kami mesti inginkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama dan biasanya kami akan memasak barbeku diperkarangan rumah secara tidak formal. Ada yang berkain pelikat, ada yang tak berbaju, ada juga yang lengkap berbaju raya. Segala yang terlintas d... Continue reading ...
Ikan Bakar Bazaar Ramadhan

Kalau pergi ke bazaar ramadhan, ramai betul peniaga yang menjual ikan bakar. Macam-macam stail yang ada. Macam-macam rupa pun ada. Yang pastinya tak ada satupun yang murah. Ikan kembung seekor pun dan mencecah RM3. Kalau buat sendiri boleh dapat setengah kilogram. Bahan-bahan yang diperlukan
Ikan secukupnya (kembung/pari/cencaru) 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 2 cmb cili kering kisar Halia sebesar ibu jari 2 batang serai Lengkuas sebesar ibu jari Air asam jawa/jus limau kasturi 2 cmb minyak un... Continue reading ...
Hidangan mudah patut ada waktu sahur

Saya tahu, mesti ramai diantara kita yang kurang berselera sewaktu sahur. Nak masak hidangan lazat waktu sahur, mesti leceh. Rasa malas pula. Tak kurang juga yang terlewat bangun sahur. Lauk berbuka pula dah habis. Mana tahan hari-hari makan telur. Jadi disini saya cadangkan satu hidangan yang sering membuka selera saya waktu sahur. Saya harap anda juga begitu. Lagipun hidangan ini boleh disimpan lama. Awal puasa, buat banyak-banyak. Letak je atas meja. Kalau sampai raya tak habis juga bole... Continue reading ...
Kek Hari Raya - Beli atau buat sendiri?

Macam dah tak sabar menunggu kedatangan bulan Ramadhan. Lebih tak sabar menunggu Syawal. Bukan kerana saya macam budak-budak nak kutip duit raya tapi kerana pada bulan itu saya dapat buat kuih raya dan kek sepuas-puasnya. Biasanya pada bulan lain, saya tak berpeluang sangat mengkaji resepi-resepi baru. Sebenarnya saya risau kerana tiada sesiapa yang akan menghabiskan kuih dan kek yang saya buat. Jadi saya hanya dapat membuat kek yang ditempah sahaja. Balik-balik buat kek tu je. Bagaimana denga... Continue reading ...
Butter Cookie dan Idea Bernas Untuk Berniaga Kuih Raya

Menjelang Ramadhan nanti meriah la kawan-kawan kita mempromosikan kuih raya. Masing-masing memberikan sample kuih raya untuk dirasa. Peniagaan kuih raya ini memang berbaloi jika kena dengan caranya. Mesti anda terfikir, bagaimana mereka menyediakan kuih raya sebagai sample. Takkan nak buat 20 biji biskut je setiap jenis. Mesti leceh dan menggunakan kos yang tinggi. Sebenarnya jika kita teliti, kebanyakan biskut yang dijual dipasaran menggunakan satu asas yang sama. Cara ini paling menjimatkan... Continue reading ...
Terbaru! Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 4 Percuma!

Agak mengujakan untuk saya mengumumkan, saya telah menyiapkan sebuah lagi ebook yang amat berguna untuk anda semua miliki. Seperti biasa saya hanya menulis resepi yang paling sesuai untuk berniaga. Walaubagaimanapun, jika anda gunakan untuk keluarga, ebook ini juga amat berguna kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan anda. Ebook ini mengandungi resepi kek kukus buah-buahan yang sejak dulu lagi menjadi produk popular dipasaraya dan hypermarket. Jika anda selidiki, kek kukus buah-buahan yang di... Continue reading ...
Resepi Percuma : Biskut Coklat Barat

Beberapa hari lepas, tiba-tiba je rasa nak makan sesuatu yang manis. Pada waktu petang yang boring, tiada tempahan kek yang perlu disiapkan, maka terfikirlah saya untuk membuat biskut yang dah terlalu banyak kali saya buat. Sejenis biskut yang mudah dan boleh saya pelbagaikan rasanya mengikut apa-apa bahan yang terdapat di rumah pada ketika itu asalkan bahan-bahan asasnya ada. Biskut ini adalah biskut yang selalu dihidangkan oleh masyarakat barat sewaktu minum petang. Mereka biasanya menghida... Continue reading ...
Resepi PERCUMA lagi. Kek Coklat Moist

Cuba anda nilaikan harga kek macam gambar diatas tu di restoran atau hotel? Kek diatas cumalah kek coklat moist yang dihasilkan oleh salah seorang anak murid saya. Budak baru belajar pun boleh menghasilkan kek yang mengancam seperti itu. Tak nak cuba membuat sendiri ke?
Mungkin betul, terdapat banyak resepi kek coklat di internet. Bezanya kek coklat moist diatas ialah resepinya di reka untuk memenuhi ciri-ciri resepi masakan komersial iaitu selain dari sedap, ia mesti mudah disediakan, mene... Continue reading ...
Burger Daging Citarasa Barat
Seringkali apabila saya ke restoran makanan segera McD, saya akan memesan Big Mac ataupun Quarter Pounder. Apa yang menyebabkan saya mengemari burger-burger tersebut ialah kerana dagingnya yang berjus dan rasanya yang benar-benar menepati citarasa saya. Saya mahukan setiap hidangan barat yang saya makan mestilah bercitarasa barat dari sagala aspek termasuklah rasa, bau , dan rupa. Dah banyak kali saya beli burger di gerai-gerai dan mendapati mereka manambah rempah kari atau kurma sewaktu me... Continue reading ...
Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial Percuma
Hari ini saya sangat gembira. Apa yang saya impikan telahpun menjadi kenyataan. Ingin saya umumkan satu berita baik pada peminat masakan barat. Saya telahpun menyiapkan ebook Panduan & Resepi Masakan Barat 2. Apa yang menariknya saya akan memberikan ebook Panduan & Resepi Masakan Barat ini secara PERCUMA. Sesiapapun boleh mendapatkannya tanpa kos tersembunyi. Tidak perlu membeli apa-apa. Tak perlu keluar duit. 100% PERCUMA. Tidak perlu risau tentang kualiti ebook Panduan & Resepi Masakan Barat... Continue reading ...
Selamat Datang ke Blog Resepi Masakan Barat Komersial
Selamat datang semua. Blog ini diwujudkan agar saya dapat berkongsi pengalaman, resepi dan sebagainya berkaitan masakan barat khususnya masakan barat komersial. Saya akan ceritakan sedikit demi sedikit segala apa yang saya tahu memandangkan untuk menceritakan segala-galanya pasti memerlukan masa yang panjang. Saya juga meminta jasa baik anda semua untuk memberikan sebarang komen dan pandangan untuk saya memperbaiki laman ini. Sekian Continue reading ...
|
RESEPI PERCUMA SETIAP HARI
|
ANDA NAK MENANG KERETA MCM SAYA?
CARI RESEPI KOMERSIAL DISINI
PENAJA RESEPI MASAKAN BARAT
KLIK UTK SUPORT EARTH HOUR 31 MAC
PERBINCANGAN RESEPI TERKINI
RAKAN BLOG MASAKAN KOMERSIAL
RESEPI-RESEPI UNTUK BERNIAGA
PENULIS BLOG RESEPI DAN EBOOK
Ilmu untuk dikongsi
| Norasikin Basri |
| Johor Bahru |
Saya bekerja sebagai seorang tenaga pengajar yang khusus dalam bidang masakan. Saya membuat blog ini agar saya dapat berkongsikan segala ilmu yang saya ada terutamanya dalam bidang masakan dan tidak terhad kepada masakan barat.
Saya tidak suka orang menghubungi saya hanya untuk meminta resepi itu dan ini. Pada saya bidang masakan ini luas. Tak semestinya tahu resepi sahaja seseorang itu akan pandai memasak. Tak semestinya tahu memasak sahaja, masakannya akan sedap.
Saya memasak dengan sepenuh perasaan dan kasih sayang. Itulah yang saya amalkan selama ini. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda terus mengikuti blog ini.
|
|