Dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial, saya ada menggunakan banyak menggunakan mayonis dalam hidangan-hidangan yang dipelajari. Dah lama saya diajukan pertanyaan oleh pelanggan-pelanggan ebook saya mengenai kaedah membuat mayonis sendiri. Kini baru saya berkesempatan memaparkan disini. Tidak susah sebenarnya. Tak perlu guna api pun. Hanya perlu kacau. Kalau ada mixer lagi senang. Tapi saya mengajar hanya menggunakan tangan je. Resepi dibawah boleh menghasilkan kira-kira 1 liter mayonis. Minta tolong sesiapa yang rajin, kirakan kos yang perlu untuk membuat mayonis ini supaya dapat dibandingkan dengan harga mayonis siap dipasaran. Untuk membuat sos tartar dan sos thousand island, resepinya terdapat dalam ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat 1.


Bahan-bahan untuk Homemade Mayonaise
3bj Kuning Telur
8ml White Vinegar
2g Garam
600ml Minyak Jagung
1 cmb Jus Lemon
2g Dry Mustard
2g Cayenne


Cara membuat Homemade Mayonaise

  1. Pukul kuning telur dalam mangkuk yang besar sehingga betul-betul kembang.
  2. Masukkan vinegar dan pukul lagi.
  3. Masukkan garam, mustard dan cayenne dan pukul sedikit lagi supaya garam larut sepenuhnya.
  4. Sambil memukul dengan kelajuan paling tinggi, tuangkan minyak sedikit demi sedikit. Kalau boleh setitik demi setitik.
  5. Bila adunan membentuk emulsi, barulah boleh dimasukkan minyak dengan lebih pantas.
  6. Jika anda dapati mayonis menjadi terlalu pekat sedangkan minyak masih ada lagi, tambahkan vinegar lagi untuk menjadikan ia sedikit cair.
  7. Terus menambah minyak sambil dipukul sehingga minyak masak habis. Jika perlu vinegar lagi, boleh diselang-selikan dengan minyak.
  8. Seimbangkan rasa dan kestabilannya dengan menambah sedikit jus lemon. Tak perlu dihabiskan.
  9. Mayonis sedia digunakan untuk salad, burger dan lain-lain masakan barat.


Tip Masakan Komersial

  1. Membuat mayonis memang tidak menggunakan haba sebab itu dalam masakan barat ia di panggil cold sauce ataupun sos sejuk. Kuning telur akan menjadi apabila dicampur dengan vinager.
  2. Mayonis ini perlu disimpan dalam peti ais kerana ia mudah rosak. Jadi jika digunakan untuk berniaga, buat cukup-cukup sahaja untuk seminggu. Tolong jangan gunakan sebarang pengawet atau bahan kimia untuk menjadikan ia tahan lebih lama.
  3. Terpulang kepada anda bagaimana ingin menjadikan mayonis buatan anda unik dan berlainan. Tak semestinya cayenne dan mustard. Anda boleh tambahkan cincangan pimento hijau dan merah, lada hitam, daun parsley. banyak lagi herba masakan barat sesuai diguna. Jika ingin pedas, campurkan je dengan sedikit homemade tabasco sauce. Pasti halal.