C.I.N.T.A. | Chocolate Cupcake
Posted by Norasikin Basri on Friday, December 24, 2010
Under: Resepi Masakan Barat

Setiap kali saya memasak, seboleh-bolehnya saya akan membuat sendiri semua bahan-bahannya. Tiada bahan segera. Tiada produk ready to eat atau ready to use. Tiada "hanya potong dan tuang". Oleh kerana dalam entri ini saya nak memberikan resepi chocolate cupcake, adalah lebih baik saya memberikan contoh chocolate cupcake dalam gambar diatas. Pertama sekali, tak mungkin saya akan menggunakan tepung campuran kek (cakemix flour). Tepung berserbuk penaik pun saya tak akan guna. Kedua, hiasan fondant pun saya akan bentukkan sendiri walaupun saya tak pandai dalam menghias kek. Ketiga, adunan fondant pun saya uli sendiri dan bukannya fondant segera ready to use yang dijual dikedai-kedai.
2 1/2 cwn tepung
1 cwn gula pasir
2/3 cwn majerin/mentega
1/2 cwn serbuk koko
1 cmt esen vanila
150ml susu cair
100ml air
1 1/2 cmt baking powder
Cara membuat Chocolate Cupcake
- Gaulkan tepung, serbuk koko, baking powder dalam satu mangkuk. Ayak jika perlu.
- Air dan susu cair dicampurkan dalam satu bekas yang lain.
- Di dalam bekas yang lain, pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan esen vanila dan gaul rata.
- Dengan menggunakan spatula/senduk kayu, masukkan campuran tepung dan campuran susu berselang-seli sehingga habis. (guna hand mixer pun boleh)
- Masukkan adunan kira-kira 3/4 penuh dalam cawan kek.
- Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (jika membakar semua cupcake dalam satu masa)
- Setelah masak, sejukkan kek dan hias mengikut kreativiti sendiri.
Tip masakan komersial
- Jika menggunakan oven yang canggih, jangan gunakan turbo fan. Hanya gunakan fungsi gril dengan api atas dan bawah. Fungsi turbo fan menyebabkan kek menjadi retak dan melimpah keluar dari cawan kek.
- Pernahkah anda bandingkan harga-harga kek dengan hiasan fondant sama ada online atau diusahakan oleh suri rumah? Harga mereka adalah sekitar RM60 - RM70 untuk 16 biji cupcake saiz sederhana. Ini bermakna harga kek mereka kira-kira RM4 sebiji. Kenapa mahal sangat? Sudah pasti kerana mereka menggunakan produk segera. Harga fondant sedia untuk diguna dipasaran sekarang ni kira-kira RM20 untuk 1kg. Kalau fondant yang siap dibentuk tentulah lebih lagi. Sebenarnya fondant mudah dibuat hanya menggunakan gula ising. Harga gula icing cuma RM3.80 sahaja 1kg!
- Untuk mendapatkan keuntungan maksimum, kita seharusnya membuat sendiri segala yang termampu. Produk yang hanya mementingkan teknik dan kemahiran sebenarnya boleh memberikan keuntungan besar kepada pengusaha. Contohnya bunga fondant berharga 5 atau 6 kali ganda dari harga fondant itu sendiri. Jadi belajarlah berbagai kemahiran sedikit demi sedikit untuk kemajuan anda.
In : Resepi Masakan Barat
Tags: chocolate cupcake resepi kek coklat kek fondant masakan barat komersial
blog comments powered by Disqus



